awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan Kuala Lumpur-Ipoh-Guangzhou oleh Scanda Sky bermula November

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/09/2019
04:08 MYT
Penerbangan Kuala Lumpur-Ipoh-Guangzhou oleh Scanda Sky bermula November
Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing berkata, keputusan itu dibuat syarikat penerbangan swasta, Scanda Sky selepas mengambil kira pelbagai aspek komersial. - Gambar fail/BERNAMA
Operasi penerbangan dari Kuala Lumpur–Ipoh–Guangzhou di China akan bermula pada minggu pertama November ini.
Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing berkata, keputusan itu dibuat syarikat penerbangan swasta, Scanda Sky selepas mengambil kira pelbagai aspek komersial.
Menurutnya, salah satu faktor yang diambilkira ialah Oktober merupakan Bulan Nasional negara China, yang menyebabkan kesesakan di Lapangan Terbang Guangzhou Baiyun, berikutan penerbangan yang telah dijadualkan lebih awal.
“Saya dimaklumkan urusan dalam fasa terakhir bagi menyempurnakan perkhidmatan penerbangan Kuala Lumpur-Ipoh-Guangzhou, China khususnya ketetapan akhir daripada pihak Lapangan Terbang Guangzhou Baiyun,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Kar Hing berkata, jadual penerbangan, harga tiket dan segala urusan pembelian tiket secara online akan diumumkan di laman web rasmi Scanda Sky yang bakal diumumkan pada pertengahan October ini.
“Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Scanda Sky kerana terus komited dalam menjayakan penerbangan ini.
“Kerajaan negeri dan pemain industri dalam negeri sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama dalam merealisasikan penerbangan tersebut memandangkan impian ini telah lama dinanti-nantikan oleh warga Perak,” ujarnya.
Beliau berharap dengan pelaksanaan penerbangan itu akan dapat merancakkan kegiatan ekonomi di negeri Perak khususnya dalam sektor pelancongan.
Topic Berkaitan
#China
#ekonomi
#Exco
#Exco Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak
#Ipoh
#kerajaan
#Kuala Lumpur
#Kuala Lumpur-Ipoh- Guangzhou
#pelancongan
#penerbangan
#penerbangan Ipoh-Guangzhou
#penerbangan Malaysia
#Scanda Sky
#Tan Kar Hing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan