awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan terus dari China ke Langkawi yang pertama bagi 2024 selamat tiba

Bernama
Bernama
06/02/2024
15:25 MYT
Penerbangan terus dari China ke Langkawi yang pertama bagi 2024 selamat tiba
LADA memaklumkan lapan penerbangan sewa khas akan diteruskan dari Chengdu ke Langkawi dengan anggaran keseluruhan penumpang berjumlah 1,480 orang. - Gambar FB LADA
ALOR SETAR: Penerbangan sewa khas terus dari China ke Langkawi, yang pertama bagi 2024, selamat mendarat di Pulau Legenda itu hari ini dengan membawa 178 pelancong dari Chengdu.
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan lapan penerbangan sewa khas akan diteruskan dari Chengdu ke Langkawi dengan anggaran keseluruhan penumpang berjumlah 1,480 orang.
Menurut LADA, ia akan meneruskan insentif bagi penerbangan sewa khas dan menawarkan insentif tambahan bagi penerbangan terus serta berjadual dari destinasi baharu ke Langkawi serta mengekalkan jadual penerbangan sekurang-kurangnya bagi tempoh 12 bulan.
"Bagi merancakkan lagi Kesalinghubungan Syarikat Penerbangan ke Langkawi, LADA sedang berunding dengan sebuah agensi pelancongan dari Poland yang sedang merancang untuk mengadakan sekurang-kurangnya 30 penerbangan terus ke Langkawi dari negara itu bagi tempoh tiga tahun bermula Oktober hingga Mac iaitu ketika musim sejuk di rantau tersebut.
"LADA berharap semua agensi dan pihak dalam industri pelancongan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tahap hospitaliti serta ketersediaan untuk menerima lebih ramai pelancong ke Langkawi," katanya.
Menyambut ketibaan penerbangan sewa khas itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif LADA Datuk Haslina Abdul Hamid serta Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Mohd Amin Yahya yang turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan tradisional Melayu selain tarian singa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#tradisional Melayu
#LADA
#sewa khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan