KUALA LUMPUR: Bermula hari ini, penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak boleh menebus Baucar Perlindungan Tenang (PTV) RM75 mereka dengan hanya RM5, manakala baki RM70 akan ditanggung kerajaan bagi membolehkan penerima menikmati manfaat perlindungan insurans/takaful.
Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata caruman RM5 itu adalah sebahagian daripada premium insurans atau sumbangan takaful penerima untuk pelan perlindungan Perlindungan Tenang.
"Sumbangan RM5 untuk penebusan RM75 PTV adalah keperluan baharu untuk meningkatkan lagi pemahaman penerima BKM tentang pelan perlindungan Perlindungan Tenang dan memastikan penerima BKM mengetahui sepenuhnya tentang pelan insurans/takaful yang mereka beli atau sertai," kata kenyataan itu.
Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV di www.myptv.my.
"Mereka juga dinasihatkan untuk memahami butiran dalam produk perlindungan yang mereka ingin beli/sertai dan memberikan persetujuan yang jelas untuk pembelian produk menggunakan baucar itu," tambahnya.
Sejak pengenalan PTV pada September 2021, inisiatif tersebut telah memanfaatkan 1,705,687 orang pada tahun itu sahaja.
Sehingga akhir Jun 2022, sejumlah 2,881,444 baucar telah ditebus yang menyumbang kepada peningkatan penembusan perlindungan insurans dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.
"Berikutan maklum balas daripada orang ramai, industri ingin mengulangi komitmennya untuk memastikan produk insurans/takaful yang dijual dilaksanakan dengan cara pengguna diberi maklumat sewajarnya mengenai produk tersebut dan persetujuan individu diperoleh," kata kenyataan bersama itu.
Ia menambah bahawa bayaran minimum RM5 boleh dibuat secara tunai atau dalam talian kepada penanggung insurans atau pengendali takaful produk Perlindungan Tenang yang ingin dibeli atau disertai oleh penerima BKM secara dalam talian atau di kaunter.
Penerima BKM juga dinasihatkan untuk menghubungi syarikat insurans/pengendali takaful mereka atau melayari laman sesawang MyCoverage di www.mycoverage.my untuk maklumat lanjut mengenai produk Perlindungan Tenang.
Untuk menyemak kelayakan PTV, layari www.myptv.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Tindakan percepat BKM Fasa 4 tidak wajar - Bersih
Tindakan itu dilihat sebagai satu bentuk pengaruh tidak wajar dan melanggar konvensyen amalan kerajaan sementara yang diamalkan di negara-negara lain.
Penerima BKM boleh tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang dengan RM5
Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV.
Harga ayam RM9.40 sekilogram bermula hari ini
Keputusan tersebut dicapai selepas kerajaan putuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan subsidi.
BKM: Bantuan cecah RM8.2 bilion, tertinggi dalam sejarah - Tengku Zafrul
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
BKM Fasa 2: 8.6 juta bakal terima secara berperingkat mulai hari ini
BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion akan memanfaatkan 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.
BKM mula dibayar 28 Mac, ringankan beban rakyat sambut Ramadan - PM
Penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.
Hampir 1.5 juta permohonan BKM sudah diterima setakat 7 Januari - Zafrul
Sehingga kini direkodkan juga hampir 95 peratus permohonan baharu dan kemaskini dibuat secara dalam talian.
Daftar, kemas kini maklumat untuk BKM bermula 1 Jan - Mohd Shahar
Individu yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh membuat pendaftaran atau mengemas kini maklumat masing-masing bermula 1 hingga 31 Jan depan.
4.8 juta golongan bujang dapat BKM, RM350 untuk pendapatan di bawah RM2,500
Manakala, warga emas bujang atau tiada pasangan dengan pendapatan kurang daripada RM5,000 akan menerima RM600.