PADANG TERAP: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mempertimbangkan permohonan 360 peneroka Felda Lubuk Merbau untuk menukar tanaman semula getah kepada kepala sawit pada tahun depan.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya perlu memperhalusi permohonan berkenaan berikutan turut melibatkan dasar kementerian dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
Menurut beliau, penanaman semula itu akan dilakukan secara berperingkat tahun depan membabitkan 416 peneroka dengan keluasan keseluruhan 585.54 hektar dan fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 2023 membabitkan 231 peneroka 753.88 hektar.
Katanya, bagi fasa satu, seramai 360 peneroka memohon untuk tukar tanaman getah kepada kelapa sawit membabitkan keluasan 401.89 hektar.
Manakala seramai 56 peneroka pula kekal tanaman semula kelapa sawit membabitkan keluasan 183.65 hektar.
Antara penelitian yang perlu dilakukan, kata Mahdzir ialah perbandingan antara harga getah dengan kelapa sawit.
“Pada waktu ini harga kelapa sawit tinggi dan harga getah kekal di situ… (justeru) saya kena bawa perbincangan di peringkat kementerian untuk tengok (bagaimana) dari segi dasar di kementerian dan juga di Risda,” kata Mahdzir lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar taklimat mengenai program tanam semula di Dewan Mesyuarat Pusat Pentadbiran Komuniti Felda Lubuk Merbau di sini, hari ini.
Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, antara faktor yang mendorong peneroka untuk menukar tanaman adalah kerana harga komoditi kelapa sawit lebih tinggi berbanding getah.
Permohonanan untuk penanaman semula telah dibuat sebelum ini namun terhenti pada zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Adie Sufian Zulkefli
Sat Sep 18 2021
Antara faktor yang mendorong peneroka untuk menukar tanaman adalah kerana harga komoditi kelapa sawit lebih tinggi berbanding getah. - Gambar Astro AWANI
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Penyelia Felda mengaku tidak bersalah seleweng bayaran wang peneroka
Penyelia Rancangan Tanah Felda berhadapan dua pertuduhan salah guna kuasa dengan menyeleweng pembayaran wang kepada 25 peneroka.
Lupus hutang Felda: Betul ada umum pada 2021, tetapi tidak dilaksanakan - Shabery
Pengerusi baharu Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gopoh dalam memberi komen berhubung pelupusan hutan peneroka Felda.
'Kami mahu Felda kekalkan sistem bayaran sedia ada'
Mereka mengakui tidak setuju dengan kaedah pembayaran secara perbankan yang akan dilaksanakan Felda mulai 1 Jan 2023.
Peneroka Felda rugi RM140,000 diperdaya Macau Scam
Mangsa telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya anggota polis dari Ampang, Selangor.
94 peratus peneroka di Pahang sudah miliki surat hak milik tanah
Sebanyak 40,538 atau 94 peratus daripada 43,126 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh Pahang telah menerima surat hak milik tanah mereka.
Peruntukan hampir RM65 juta bantu peneroka, generasi baharu Felda - Ismail Sabri
Ia termasuk dana RM20 juta di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan sebagai cagaran kepada pinjaman perumahan generasi baharu FELDA.
Peneroka hilang ditemui mati dalam kenderaan
Mangsa sebelum itu terlibat dengan kemalangan pada Jumaat kira-kira jam 11 pagi semasa dia dalam perjalanan dari kedai hardware Ladang Gaddes menuju ke Felda Serting Hilir.
Peneroka Felda mohon tukar getah kepada kelapa sawit
Antara faktor yang mendorong peneroka untuk menukar tanaman adalah kerana harga komoditi kelapa sawit lebih tinggi berbanding getah.
Kerajaan setuju lupus pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion - PM
Dengan inisiatif ini, bebanan pinjaman yang ditanggung peneroka akan berkurangan sebanyak purata 80 peratus setiap peneroka.
Jual 'Cucuq Sekupang' bantu orang susah
Roslina Saad, 51, dan suami Zulkifli Abdul Razak, 52, tekad untuk menjual kuih dengan harga sekupang (10 sen).