awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin

Peneroka Felda terima 'durian runtuh' dalam Bajet 2018

Bernama
Bernama
27/10/2017
12:54 MYT
Peneroka Felda terima 'durian runtuh' dalam Bajet 2018
Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM164 juta bagi membina 5,000 unit Rumah Generasi Kedua Felda, dengan kerjasama SPNB. - fotoBERNAMA
Lebih 112,000 peneroka Felda menerima 'durian runtuh' melalui enam inisiatif utama yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata, insentif tersebut termasuk bayaran insentif khas peneroka bernilai RM5,000 yang diumumkan pada 23 Julai lepas dan pengembalian wang SES oleh peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit dari tahun 2010 hingga 2016.
Katanya, insentif tersebut akan diperoleh 8,925 peneroka Felda dengan peruntukan RM43 juta.
"Bukan itu sahaja, RM60 juta juga disediakan untuk program tanaman semula sawit," katanya.
Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) atau biasanya disebut tabung wang SES telah ditubuhkan di bawah peruntukan seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
Kutipan SES pada kadar 9.92 sen sekilogram getah yang dieksport dimasukkan ke dalam tabung wang SES dan digunakan bagi membiayai program tanam semula bagi sektor pekebun kecil, pemulangan wang SES kepada sektor estet dan kegunaan lain yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
Sementara itu, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM164 juta bagi membina 5,000 unit Rumah Generasi Kedua Felda, dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Sebagai tambahan, katanya, hampir RM200 juta turut diperuntukkan kepad Felda bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan di tanah rancangan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet 2018
#Dewan Rakyat
#Felda
#insentif khas
#Najib Razak
#peneroka
#Rumah Generasi Kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.