Seramai 21 peneroka tanah di mukim Ijok hari ini memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di kawasan itu pada harga RM1.18 bilion kepada pemaju swasta.
Wakil mereka, Mohd Fadzil Ibrahim berkata kesemua peneroka itu memberi keterangan selama tiga jam bermula 3.30 petang tadi di sebuah hotel di sini, selepas menghadiri taklimat dan penerangan berhubung kes berkenaan.
"Keterangan itu diambil bagi membantu siasatan kes tanah Ijok tersebut dan peneroka telah memberi kerjasama yang baik dengan memberi segala maklumat yang diperlukan kepada SPRM.
"Kita berharap SPRM dapat melakukan siasatan dengan telus supaya kemelut isu tanah peneroka dapat dirungkaikan dan diselesaikan segera," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Difahamkan, seramai 20 peneroka lagi dijangka hadir memberi keterangan kepada pegawai SPRM di hotel yang sama pada 9 pagi esok.
Sebelum ini, media melaporkan SPRM menahan enam individu termasuk dua yang bergelar Datuk bagi membantu siasatan isu penjualan tanah milik kerajaan Selangor di Mukim Ijok pada 20 Mac lalu.
Bagaimanapun, empat lelaki termasuk seorang bergelar Datuk dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini dengan ikat jamin RM25,000 oleh dua penjamin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 28 2018
Seramai 21 peneroka tanah di mukim Ijok beri keterangan kepada SPRM berhubung kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di kawasan itu pada harga RM1.18 bilion kepada pemaju swasta. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Peneroka Ijok beri keterangan kepada SPRM
Kesemua peneroka itu memberi keterangan selama tiga jam bermula 3.30 petang tadi di sebuah hotel di sini, selepas menghadiri taklimat dan penerangan berhubung kes berkenaan.