awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peneroka rugi RM39,000 diperdaya Macau Scam

Bernama
Bernama
25/05/2022
10:06 MYT
Peneroka rugi RM39,000 diperdaya Macau Scam
Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 72 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada LHDN dan kemudian disambungkan kepada seorang individu kononnya pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan yang memberitahu lelaki itu terlibat dengan kes pengedaran dadah.
"Percaya dengan perkara itu, mangsa kemudian membuat pemindahan wang melalui mesin deposit tunai ke dua akaun berbeza beberapa kali sejak hari sama hingga 10 Mei lepas kononnya untuk siasatan bagi menyelesaikan kes itu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM39,000.
"Kesemua resit pemindahan wang mangsa telah diarahkan supaya dibuang oleh lelaki itu bagi mengelak dirinya dikesan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hoo berkata mangsa yang menyedari diperdaya membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#kes penipuan
#sindiket
#peneroka
#Jempol
#LHDN
#pegawai polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan