KUALA LUMPUR:Kepakaran tempatan perlu digunakan sepenuhnya berbanding kepakaran asing bagi membantu kerajaan dalam meneroka sumber unsur nadir bumi (REE) di negara ini.
Menurut Pensyarah Kanan di Jabatan Teknologi Tenaga, Mineral dan Bahan, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Hafidz Yusoff, ruang dan peluang itu dijangka memberi manfaat mengembangkan kepakaran tempatan dalam jangka panjang kepada negara.
"Kita perlu mengutamakan kepakaran tempatan daripada kepakaran luar, kita tidak boleh nafikan negara luar seperti China, Australia mempunyai kepakaran lebih dalam bidang ini kerana telah melombong REE terlebih dahulu.
"Kita juga mempunyai ramai tenaga pakar, jadi kita perlu memberi ruang dan peluang kepada kepakaran tempatan sebagai pelaburan jangka masa panjang. Mungkin kalau kita lihat jangka pendek, kita panggil kepakaran luar datang dan proses, cuma kepakaran jangka masa panjang kita perlu beri ruang kepada tenaga pakar tempatan.
"Di Malaysia pun mempunyai banyak universiti tenaga pakar dalam bidang ini, contohnya Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam pun ada," katanya ketika ditemubual Astro AWANI pada Khamis.
Malah jelasnya, agensi kerajaan seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dapat membantu usaha terbabit.
"Bagi saya sewajarnya, khazanah negara ini diuruskan tenaga pakar tempatan berbanding tenaga luar," katanya lagi.
Malah kajian yang dijalankannya bersama beberapa penyelidik UMK turut mengesan kehadiran mineral itu di Kelantan, Pahang dan Terengganu. Bagaimanapun, kajian lanjut masih dijalankan ketika ini.
"REE di Malaysia bukan terdapat di Kedah malah banyak kawasan lain. Kajian 2018 menunjukkan ada hubungan mineral itu dan emas. Jadi, seperti kita maklum terdapat banyak sekali emas di Pahang dan Kelantan serta Terengganu.
"Kemungkinan juga sumber ini banyak di Pahang, Kelantan dan Terengganu, dan beberapa kajian awal dijalankan, saya sendiri dan penyelidik UMK menunjukkan terdapat potensi sumber itu di beberapa kawasan tertentu di Kelantan.
"Cuma kita masih menjalankan kajian lanjut untuk membuktikan kewujudan REE di Kelantan. Untuk meningkatkannya lagi, sumber ini satu perlombongan baru di Malaysia, jadi perlu diwujudkan institusi atau pusat kajian yang lebih banyak untuk mengkaji tentang sumber terbabit," katanya lagi.
Untuk rekod, Malaysia memiliki potensi sumber unsur nadir bumi (REE) yang boleh dibangunkan bernilai RM747.2 bilion.
Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu sidang media sebelum ini berkata terdapat REE di Sik, UIu Muda di Baling, Kedah serta sedikit di Lenggong, Perak bernilai RM66 billion.
Fareez Azman
Thu Dec 17 2020

Pensyarah Kanan di Jabatan Teknologi Tenaga, Mineral dan Bahan, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, UMK, Dr Hafidz Yusoff berkata ruang dan peluang itu dijangka memberi manfaat jangka panjang kepada negara. - Gambar fail

Jenayah | Dua laras senapang, pistol dijumpai dalam sungai
Polis Kelantan akhirnya menemui dua laras senapang dan satu pistol yang dibuang ke dalam sungai Kelantan berhampiran Jambatan Ibrahim Ali dekat Tendong, Pasir Mas pada Jumaat lalu. Selaras senapang patah, selaras senapang jenis AK47 dan satu pistol itu dipercayai dibuang dua suspek ke dalam sungai itu untuk melupuskan bukti kegiatan pemburuan secara haram.

Wawancara Oprah | Harry, Meghan dedah jantina anak kedua
Duke And Duchess Of Sussex mengumumkan cahaya mata kedua mereka adalah anak perempuan. Pendedahan itu dibuat Putera Harry dan isterinya Meghan Markle sendiri kepada pengacara Oprah Winfrey pada Ahad.

Pasangan Diraja | Meghan Markle dedah tekanan daripada keluarga
Duke dan Duchess Of Sussex membuat beberapa pendedahan mengejutkan dalam temu bual bersama Oprah Winfrey yang ditayangkan pada Ahad. Meghan Markle menceritakan tentang tekanan yang dialami sejak menjadi sebahagian daripada Keluarga Diraja Britain, sehingga mula memikirkan tentang cara membunuh diri. Menurut Meghan, antara isu yang dipertikaikan keluarga itu, termasuk warna kulit anaknya, dikhuatiri terlalu gelap.

Hari Wanita | 120 juta bunga diimport sempena meraikan wanita
Hari wanita disambut meriah di Rusia, antara negara yang menetapkan 8 Mac sebagai cuti umum setiap tahun. Sudah menjadi tradisi di negara itu untuk memberi bunga kepada wanita sempena sambutan istimewa ini.

Pembukaan Sekolah | Wujudkan pusat sehenti pemerikasaan kesihatan
Pihak sekolah disaran mewujudkan pusat sehenti pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan ibu bapa secara sukarela bagi membantu mengelakkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar. Yang Dipertua Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MIMBAR), Datin Seri Ismalina Ismail berpendapat, dengan adanya pusat sehenti itu, ia dapat meringankan bebanan guru.

Pembukaan Sekolah | Mansuh cuti penggal, elak lebih ketinggalan
Dalam pada itu mimbar turut mencadangkan supaya cuti penggal tahun ini dimansuhkan. Jelas Yang Dipertuanya Datin Seri Ismalina Ismail, ia bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempelari semula subjek atau topik yang tertinggal. Selain itu, beliau juga berharap pihak sekolah berasaskan asrama melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat terutamanya kepada pelawat yang ingin masuk ke kawasan sekolah berkenaan.

Jenayah | Penganggur dihukum penjara 7 tahun
Akibat pengaruh dadah seorang penganggur sanggup menoreh muka dan mencederakan tangan adik iparnya menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di sebuah kediaman di Marang pada 9 Februari lalu.

Pencemaran sungai | Sungai Kim Kim: KASA siasat tompok air hitam
15 pegawai alam sekitar dan air (KASA) diarah menyiasat tompokan air hitam yang didakwa mencemari Sungai Kim Kim.

Khairuddin tiada hak di sisi undang-undang minta Muhyiddin letak jawatan - AGC
Persoalan sama ada Perdana Menteri hilang keyakinan majoriti tidak ditentukan dalam mana-mana forum atau pihak berkuasa.

Parlimen tidak boleh bersidang tanpa notis Perdana Menteri
Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan Parlimen dengan sewenang-wenangnya dan sebaliknya ia memerlukan notis daripada Ketua Majlis (Perdana Menteri).

Air oh air: SADA wujudkan pelan jangka pendek dan panjang atasi masalah
Kerajaan negeri dengan kerjasama SADA juga telah merencanakan beberapa tindakan dalam mengurangkan bebanan masalah air yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.

MB Kedah terima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menjadi individu pertama di Kedah menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada Program Suntikan COVID-19.

KDA FC: Penyokong Kedah diharap setuju keputusan Presiden KFA
Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA percaya keputusan presidennya Muhammad Sanusi Md Nor dibuat selepas mempertimbangkan semua aspek teknikal dan perundangan.

Bekalan air: Kemarau punca 3 LRA di Kedah alami penyusutan air - Sanusi
Sanusi berharap agar penduduk di negeri itu bersabar sehingga lima LRA baharu dibina siap dibina sepenuhnya pada 2024.

MB Kedah sedia jadi orang pertama terima suntikan vaksin COVID-19
Menurut Sanusi, pimpinan lain turut perlu bersedia menerima suntikan vaksin COVID-19 agar orang ramai tidak merasa takut.

Kedah tawar pinjaman tanpa faedah untuk pengusaha pelancongan, penghantar makanan
Kerajaan negeri Kedah menawarkan pinjaman mudah tanpa faedah kepada pengusaha pelancongan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

Projek ladang Musang King di Gunung Inas diarah henti Julai 2020 - Sanusi
Tanah yang sudah digondol juga diarahkan supaya ditanam tanaman tutup bumi dengan segera untuk mengelak hakisan.

Ladang Musang King terbesar di dunia? 'Kita akan siasat' - MB Kedah
Muhammad Sanusi berkata, perkara itu merupakan isu lama yang diwarisi pentadbiran kerajaan terdahulu dan diluluskan kerajaan PH tahun lalu.

'MB Kedah, cukuplah bersandiwara di Facebook, Twitter' - Saravanan
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dinasihatkan supaya tidak mengejar populariti dengan tindakan dan kenyataan yang sensitif.

Thaipusam: MB Kedah tidak faham Rukun Negara? - Naib Presiden MIC
Naib Presiden MIC, Datuk A. Kohilan Pillay sangsi dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung perayaan Thaipusam yang dilihat tidak faham Rukun Negara.