awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah

Bernama
Bernama
06/02/2025
08:45 MYT
Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada sesi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) untuk Regulatori Keempat (RP4) akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Ringkasan AI
  • Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat, dengan sebarang kenaikan yang membebankan tidak akan dibenarkan.
  • Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air telah melaksanakan libat urus dengan pemain industri dan komuniti perniagaan untuk mendapatkan input bagi penetapan jadual tarif baharu.
  • Sebarang pengumuman mengenai penetapan tarif elektrik hanya akan dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata selaras dengan penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat tidak akan dibenarkan sama sekali.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Tenaga telah melaksanakan libat urus bersama pemain industri dan komuniti perniagaan pada 13 Jan, 2025 dan 5 Feb, 2025 berhubung perkara ini.
"Kementerian akan memperhalusi pandangan yang diberikan untuk dijadikan input bagi penetapan jadual tarif baharu kelak agar semua pengguna terutamanya pihak industri dapat lebih bersedia dengan perubahan tersebut dan menggunakan elektrik dengan lebih cekap pada masa akan datang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) yang bertanyakan rasional di sebalik hasrat Tenaga Nasional Bhd untuk menaikkan tarif elektrik walaupun negara jiran terdekat mempunyai perancangan sebaliknya.
Dalam hal ini, Fadillah menegaskan sebarang pengumuman berhubung penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia hanya akan dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif elektrik baharu
#Semenanjung
#Fadillah Yusof
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan