awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengajian Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 ditamatkan sepenuhnya hari ini

Fareez Azman
Fareez Azman
11/04/2020
11:52 MYT
Pengajian Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 ditamatkan sepenuhnya hari ini
KPM akan terus memantau keadaan pelajar secara dekat serta akan mengambil tindakan susulan untuk memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terpelihara. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan bahawa pengajian Program Matrikulasi KPM bagi Sesi 2019/2020 ditamatkan sepenuhnya pada 11 April 2020.
Keputusan itu diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan media pada Sabtu selepas mengambil maklum berhubung pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 15 April sehingga 28 April depan.
KPM juga memaklumkan Peperiksaan Semester 2 (PSPM) Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi 2019/2020 pada 27 April hingga 4 Mei 2020 turut dibatalkan.
"Menyedari keputusan peperiksaan tersebut amat penting kepada pelajar bagi permohonan ke Universiti Awam (UA) bagi kemasukan Sesi 2020/2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memutuskan bahawa keputusan peperiksaan Semester 2 akan digantikan dengan keputusan penilaian berterusan yang telah dilaksanakan bagi semester tersebut.
"Ia selari dengan keputusan mesyuarat Majlis Dekan, Pengarah Asasi Universiti Awam pada 24 Mac lalu. Justeru keputusan akhir untuk pelajar Matrikulasi bagi sesi berkenaan adalah berdasarkan gabungan keputusan Semester 1 dan keputusan penilaian berterusan Semester 2," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu KPM turut meminta agar semua pelajar yang masih berada di kampus untuk terus kekal mematuhi arahan berkaitan PKP.
KPM akan terus memantau keadaan pelajar secara dekat serta akan mengambil tindakan susulan untuk memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terpelihara.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Ditamatkan
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#keputusan
#kerajaan
#koronavirus
#KPM
#matrikulasi
#Media
#peperiksaan
#Sesi 2019 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan