awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengakuan sumpah laknat wanita libat bekas ADUN Johor tidak ganggu siasatan polis

Bernama
Bernama
13/02/2022
03:44 MYT
Pengakuan sumpah laknat wanita libat bekas ADUN Johor tidak ganggu siasatan polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat turut menjelaskan bahawa, siasatan kes berkenaan juga masih diteruskan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Tindakan seorang wanita yang membuat pengakuan sumpah laknat melibatkan dakwaan kes cabul oleh seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor, tidak menganggu siasatan pihak polis.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat turut menjelaskan bahawa, siasatan kes berkenaan juga masih diteruskan.
"Tidak ada (ganggu siasatan)...itu adalah (dakwaan) peribadi dia. (Kes ini) kita akan terus siasat secara adil dan saksama," katanya selepas Operasi Samseng Jalanan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang wanita yang melakukan pengakuan sumpah laknat berhubung kes cabul melibatkan bekas ADUN berkenaan semalam.
BACA: Kes dakwaan gangguan seksual ADUN Sedili, mangsa buat pengakuan sumpah
BACA: Kertas siasatan dakwaan gangguan seksual ADUN lengkap - Ketua Polis Johor
Kamarul Zaman baru-baru ini berkata kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan bekas ADUN berkenaan terhadap seorang wanita, yang juga ahli sebuah parti politik telah dilengkapkan.
Beliau berkata kertas siasatan itu juga telah diserahkan kepada Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
Kamarul Zaman turut menjelaskan bahawa seramai 11 individu telah memberikan keterangan membabitkan kes itu, termasuk bekas ADUN dan wanita tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#adun johor
#ketua polis johor
#sumpah laknat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan