Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Teluk Kemang Datuk V.S. Mogan akan menggunakan pengalamannya bagi meraih sokongan pengundi kawasan itu bagi menguasai kembali kerusi itu daripada PKR pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Mogan, 45, yang juga Ketua Penerangan MIC Pusat dan Ketua MIC Bahagian Rembau bukan orang baharu dalam arena politik kerana beliau adalah anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang di bawah Parlimen Jempol setelah memenangi kerusi itu pada 2008.
Anggota exco kerajaan negeri itu berkata selain jentera parti yang mantap, beliau menggunakan segala pengalamannya untuk memenangi hati rakyat.
"Saya tiada masalah berjumpa, menerima aduan dan menyelesaikan apa juga masalah orang ramai kerana saya sudah biasa dengan perkara ini. Selaku anggota exco dan wakil rakyat Jeram Padang sebelum ini, memang inilah kerja saya dan saya sedia berkhidmat untuk mereka. Dengan pengalaman yang ada ini lebih memudahkan kerja saya untuk bertemu orang ramai terutama dalam tempoh berkempen ini," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.
Pada pilihan raya umum 2008, calon BN, Datuk S. Sothinathan dan calon Bebas Mohamad Rashid tewas dengan majoriti 2,804 undi kepada calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Pada PRU13, Mogan akan ditentang penyandang kerusi itu Kamarul Baharin dan calon Bebas, Kamarudin Kumaravel Abdullah.
Mogan yang merupakan bekas guru berkata jika 2008 dahulu ramai yang condong kepada PKR namun senario kali ini berbeza di mana minat rakyat di kawasan ini terhadap pembangkang (PKR) semakin pudar apabila amanah rakyat pada pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan.
Katanya majoriti penduduk di Parlimen Telok Kemang pada kali ini mahu berada semula di bawah BN kerana banyak masalah rakyat diselesaikan pemimpin BN meski pun mereka bukanlah wakil rakyat kawasan berkenaan.
"Dalam tempoh beberapa hari berkempen ini, saya dapati sambutan masyarakat begitu menggalakkan untuk menyokong BN termasuk penyokong PKR sendiri. Saya diberitahu pengundi Telok Kemang, mereka sukar untuk berjumpa dengan Datuk Kamarul dan dia jarang melawat kawasan.
Jadi, masyarakat di sini berpendapat adalah lebih baik pilih semula calon BN. Berdasarkan perkembangan ini saya yakin dan percaya BN boleh merasmpas kembali kerusi berkenaan. Kita akan bekerja keras ke arah itu," katanya.
Katanya satu lagi sebab mengapa penduduk di kawasan ini mahu beralih semula kepada BN ialah bagi memastikan kawasan itu tidak ketinggalan dalam agenda pembangunan.
Beliau yakin rakyat tetap menyokong BN, kerana hanya BN yang mampu menyelesaikan permasalahan mereka.
Bernama
Wed May 01 2013
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.