awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengamal perubatan tradisional didakwa bunuh wanita

Bernama
Bernama
09/08/2022
06:20 MYT
Pengamal perubatan tradisional didakwa bunuh wanita
Seorang pengamal perubatan tradisional dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang datang mendapatkan rawatan di rumahnya, bulan lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang pengamal perubatan tradisional dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang datang mendapatkan rawatan di rumahnya, bulan lepas.
Che Hong Chiew, 51, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada wanita itu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Che didakwa menyebabkan kematian Lim Sin Lue, 41, di ruang tamu rumahnya di Jalan Perdana 2/20, Pandan Perdana di sini, antara 4.45 petang hingga 5 petang, 27 Julai lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendawa Raya Annur Athirah Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan semula kes.
Pada 28 Julai lalu, media melaporkan, seorang wanita ditemukan terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah teres di Pandan Perdana oleh ibunya selepas menerima rawatan tradisional. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengamal perubatan tradisional
#didakwa bunuh wanita
#Pandan Perdana
#mati di ruang tamu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan