awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengambilan gula terlalu banyak sebabkan proses penuaan lebih cepat

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
31/07/2024
06:32 MYT
Pengambilan gula terlalu banyak sebabkan proses penuaan lebih cepat
Dr Nazirin Ariffin berkata, pengambilan gula berlebihan dalam badan akan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.
KUALA LUMPUR: Pengambilan gula berlebihan dalam badan akan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.
Menurut Pakar Dermatologi, Dr Nazirin Ariffin, apabila terdapat pengambilan gula berlebihan, molekul gula, terutamanya glukosa, akan melalui proses yang dikenali sebagai glikasi yang akan mengikat gula, dengan protein seperti kolagen dan elastin di dalam kulit.
Katanya lagi, proses ini menyebabkan kolagen dan elastin tidak dapat berfungsi dengan baik dalam mengekalkan ketegangan dan keanjalan kulit.
Ini juga berpotensi mengakibatkan kulit kelihatan kusam, kendur, dan lebih cepat mengalami penuaan pramatang.
"Seperti yang saya katakan tadi, pro-inflammatory, pro-radangan akan terjadi apabila kulit tidak sihat jadi apabila kerapnya berlaku inflamasi pada kulit, lebih cepat proses penuaan berlaku," ujarnya ketika menjawab persoalan adakah pengambilan gula berlebihan mampu menyebabkan masalah kulit dalam program AWANI Pagi pada Rabu.
Dr Nazirin dalam pada itu turut mengingatkan rakyat Malaysia agar memilih buah-buahan yang kurang manis.
Walaupun fruktosa dalam buah-buahan semulajadi berbeza dari gula tambahan, pengambilan yang terlalu tinggi boleh meningkatkan risiko glikasi dan kesan negatif lain pada kulit serta kesihatan secara umum.
"Jadi kalau kita pilih buah, kita pilih buah dari kategori kurang manis.
"Contohnya seperti 'berries', epal hijau, oren ataupun macam 'mat salleh' punya buah iaitu buah-buahan yang biasa ada di luar negeri.
"Ini kerana di Malaysia, banyak jenis buah-buahan yang manis," katanya.
Justeru, beliau menyarankan rakyat Malaysia agar mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks.
Ini termasuk makanan seperti kekacang, dan sayur-sayuran yang mempunyai beberapa kelebihan berbanding karbohidrat ringkas, seperti gula.
Ini kerana karbohidrat kompleks dapat dicerna dengan lebih perlahan, yang membantu mengekalkan tahap gula darah yang stabil dan mengelakkan lonjakan gula darah yang cepat serta memperlahankan proses penghadaman dan penyerapan gula.
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Malaysia
#kulit
#buah buahan
#proses penuaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan