SEREMBAN: Tindakan seorang lelaki membuat laporan palsu berhubung kehilangan kenderaannya akhirnya memakan diri selepas ditahan polis di depan stesen KTM Seremban, tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Port Dickson dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
Menurutnya, siasatan awal mendapati individu yang merupakan penganalisis data itu membuat laporan palsu bagi membolehkannya menuntut insurans untuk kegunaan majlis perkahwinannya.
“Pada awalnya, lelaki itu membuat laporan polis berhubung kehilangan kenderaan jenis Subaru Forester miliknya di perkarangan parkir Lukut Prima, Port Dickson pada 20 April lepas.
"Lelaki itu mendakwa meletak kenderaan di kawasan tersebut sekitar pukul 8 malam untuk makan bersama rakan dan apabila kembali ke kereta sejam kemudian, dia mendapati keretanya tiada di tempat parkir,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Bagaimanapun, Aidi Sham berkata penipuan itu terbongkar setelah polis membuat siasatan lanjut pada 26 April lepas dan mendapati lelaki itu sengaja mengada-adakan cerita tentang kehilangan keretanya yang sebenarnya disimpan di tempat lain.
Susulan itu, dengan dipandukan lelaki itu, polis menemukan semula kereta yang disorokkan di belakang bangunan sebuah pasar raya di Lukut, katanya.
“Lelaki itu kini masih ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson hingga Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya,” katanya.
Aidi Sham berkata polis memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang membuat laporan polis palsu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021

Lelaki itu kini masih ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson hingga Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1.2 juta
Seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa didera di sebuah pusat jagaan berdaftar di Batu Buruk sehingga koma , memfailkan saman RM1.2 juta.
AWANI Ringkas: Dadah 'Zombi' kini di Malaysia, 100 kali lebih kuat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Thailand mudah melepasi undi tidak percaya di Parlimen
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen pada Rabu.

Apple aktifkan ciri notifikasi apnea tidur dan bantuan pendengaran untuk pengguna Malaysia
Tiada sebarang kemas kini perisian diperlukan, dan ia diaktifkan untuk semua pengguna iOS 18.

Jurujual kereta didakwa bantu sembunyi wang lebih RM900,000
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Angin kencang burukkan lagi kebakaran di barat Jepun, 8 bangunan musnah
Pasukan bomba dan GSDF sedang berusaha mengawal kebakaran, dengan arahan pemindahan dikeluarkan kepada ribuan penduduk.

KPKT pulihkan 89 projek perumahan swasta bagi tempoh Jan-Feb 2025
Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) berjaya menyelamatkan 89 projek perumahan swasta dengan nilai GDV RM6.48 bilion bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Napster diambil alih pada harga $207 juta
Napster mempunyai lesen penstriman untuk berjuta lagu, yang berguna untuk Infinite Reality dalam menceburi arena baharu ini.

Amy Search respons tarikh konsert bertembung final Piala Malaysia
Perlawanan akhir Piala Malaysia bertembung dengan konsert Amy Search Magic First Solo Concert yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena pada hari sama.

GV Ride tawar perkhidmatan tambang percuma di Subang sepanjang April ini
GV Ride melancarkan kempen 'Free Rides Subang' atau 'tambang percuma' sepanjang bulan April ini.

Sarawak perlu lebih ramai penganalisis data - Abang Johari
Sarawak memerlukan lebih ramai lagi penganalisis data mahir dalam kalangan rakyat tempatan, untuk menganalisis dan melindungi data-data strategik yang menjadi asas kepada kemajuan negeri itu.

Penganalisis data ditahan buat laporan palsu tuntut wang insurans untuk majlis kahwin
Lelaki berusia 25 tahun ditahan anggota JSJ Port Dickson dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan kira-kira pukul 1.30 tengah hari.