awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur dan tukang besi didakwa membunuh ejen pelancongan

Bernama
Bernama
10/04/2014
04:52 MYT
Penganggur dan tukang besi didakwa membunuh ejen pelancongan
Seorang penganggur dan tukang besi hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang ejen pelancongan, bulan lepas.
Mohd Shahrul Ruzaimy Maznan, 21, dan Norazmi Ahmad, 47, didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu terhadap Michael Ibraham, 60, di sebuah bilik Hotel Regency, Jalan Sultan Badlishah, di sini pada pukul 2.33 petang, 13 Mac.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Majistret Nurshahida Abdul Rahim menetapkan 4 Jun untuk sebutan kes.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ana Rozana Mohd Nor manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#bunuh
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan