awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa bunuh lelaki di perhentian bas

Bernama
Bernama
25/07/2024
07:24 MYT
Penganggur didakwa bunuh lelaki di perhentian bas
Mazlan didakwa membunuh Abdul Hayyiy Ismail, 31, di perhentian bas di Lorong Che Majid, Jalan Sultan Yahya Petra pada 9.29 pagi, 13 Julai lepas. -Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membunuh seorang lelaki berumur 31 tahun pada 13 Julai lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Mazlan Mat Noh, 47, ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mazlan didakwa membunuh Abdul Hayyiy Ismail, 31, di perhentian bas di Lorong Che Majid, Jalan Sultan Yahya Petra pada 9.29 pagi, 13 Julai lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan boleh dikenakan minumum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Syahmi Yazid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 8 Dis depan untuk sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia, bedah siasat serta asid deoksiribonukleik (DNA).
Pada 13 Julai lepas, Abdul Hayyiy yang berumur lingkungan 30-an ditemui maut oleh orang awam di kawasan kaki lima sebuah perhentian bas dipercayai akibat ditikam di belakang badan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perhentian bas
#Mazlan Mat Noh
#Abdul Hayyiy Ismail
#Lorong Che Majid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan