PORT DICKSON: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas pada 16 Mei lalu.
Tertuduh Suhaimi Shamsudin, 45, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, V Vanita.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh Siti Aminah Mohd Amin, 67, pada 9 Mei 2023 antara lebih kurang jam 7.43 pagi sehingga 1.30 petang di sebuah rumah di Batu 8, Jalan Pantai, Teluk Kemang di Port Dickson.
Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.
Vanita menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Selain itu tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit jenama Nokia milik mangsa.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Tertuduh dalam rayuannya meminta jasa baik mahkamah untuk merujuknya ke Hospital Permai (Tampoi) kerana ada kes lampau pada tahun 2002.
"Saya mohon hukuman denda dan ada adik ipar saya yang akan membayar jamin," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh mohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesalahan dilakukan.
Mahkamah kemudian menetapkan hukuman denda RM3,000 dan jika gagal menjelaskannya tertuduh berdepan hukuman penjara tujuh bulan.
Sebelum ini media melaporkan cinta tidak berbalas dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita warga emas.
Kematian mangsa pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun kertas siasatan diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan penahanan suspek berusia 45 tahun pada 16 Mei lalu di sebuah rumah kampung di Kuala Klawang, Jelebu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 31 2023

Suhaimi Shamsudin diiring polis di Mahkamah Majistret Port Dickson. - Foto Sinar Harian

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.

Kes bunuh 3 warga Sri Lanka, polis tahan 8 individu
Polis kini telah menahan lapan warga asing bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh melibatkan tiga lelaki warga Sri Lanka di sebuah rumah sewa di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul.

Jururawat maut ditikam suami angkara cemburu
Seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu.

Kes bunuh peniaga buah, polis tahan 13 warga asing
Hanya dalam tempoh 48 jam, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang penjual buah warga tempatan.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Ada seseorang cipta "staged crime scene" - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Amril Johari berhujah tidak mungkin tombol itu terkunci dengan sendirinya dari dalam memandangkan kebakaran tidak merebak ke pintu berkenaan.

Lelaki Bangladesh didakwa bunuh rakan senegara
Mohammad Mokul Hossain didakwa membunuh Hossen Md Monowar di Jalan Kuak Pekan Kuak, Lenggong pada 8 September lalu.

25 peratus ahli parlimen India berdepan kes jenayah serius, kata badan pemantau
Empat puluh peratus ahli parlimen India sedang berdepan kes jenayah, kata sebuah kumpulan tempatan yang berkempen untuk reformasi pilihan raya pada Selasa.

Mayat dalam kereta: 3 lagi suspek termasuk teman wanita mangsa ditahan
Seramai tiga lagi individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan seorang lelaki, sebelum mayatnya ditemui dalam sebuah kereta di Batu 14, pada 6 September lalu.

Pembantu dapur bunuh kawan baik terlepas tali gantung
Seorang pembantu dapur yang disabitkan kesalahan membunuh rakan baiknya terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 35 tahun.

Suspek kes bunuh pemandu teksi direman
Seorang lelaki direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang pemandu teksi dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir.

Mayat dalam kanvas: Empat rakan didakwa bunuh dua individu
Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh dua individu bulan lalu.