awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa rogol murid Tahun Lima

Sinar Harian
Sinar Harian
07/03/2022
22:50 MYT
Penganggur didakwa rogol murid Tahun Lima
Tertuduh (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kemaman atas dakwaan merogol seorang murid tahun lima dalam kejadian akhir Februari lalu. - Foto Sinar Harian
KEMAMAN: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dakwaan merogol seorang murid tahun lima dalam kejadian akhir Februari lalu.
Tertuduh, Muhamad Faez Nazri Zulkifli, 20, didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah di daerah ini pada 28 Februari lalu.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Mengikut pertuduhan, Muhamad Faez Nazri, didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan kerana merogol seorang kanak-kanak bawah umur.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 4 April depan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhanisah S H Sahul Hamid.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#rogol
#pengganggur
#Muhamad Faez Nazri Zulkifli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan