awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa simpan beruk tanpa lesen

Bernama
Bernama
25/09/2025
08:00 MYT
Penganggur didakwa simpan beruk tanpa lesen
Tertuduh didakwa menyimpan beruk spesies Macaca nemestrina yang dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharan Hidupan Liar 2010. - Gambar hiasan/ Adobe Stock
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan seekor beruk spesies Macaca nemestrina tanpa lesen di rumahnya, Julai lepas.
Mukarab Khan Guldad, 51, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Dia didakwa menyimpan haiwan itu, yang dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharan Hidupan Liar 2010, tanpa lesen di rumahnya di PPR Kampung Batu Muda, Batu 5, Jalan Ipoh di sini pada 3.30 petang 2 Julai lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta 716 dan OKS boleh dihukum di bawah seksyen 60(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam Zulkifli Awang memohon supaya anak guamnya tidak dikenakan ikat jamin kerana beliau akan memfailkan representasi.
Perkara itu tidak dibantah oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Perhilitan Suhainariddah Abd Rashid dan mahkamah yang membenarkan permohonan tersebut, menetapkan 15 Nov untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bela beruk tanpa lesen
#kes mahkamah
#bela beruk
#kes polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan