awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur dipenjara tiga tahun, sebat kerana rompak pemancing

Sinar Harian
Sinar Harian
11/07/2023
06:38 MYT
Penganggur dipenjara tiga tahun, sebat kerana rompak pemancing
Muhammad Amirul Syafiq Daud Hamzah, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norma Ismail sebaik pertuduhan dibacakan. - Gambar hiasan
KUALA PILAH: Seorang penganggur dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah merompak secara berkumpulan di Bahau bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Amirul Syafiq Daud Hamzah, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norma Ismail sebaik pertuduhan dibacakan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama-sama suspek yang masih bebas telah melakukan rompakan secara berkumpulan iaitu melarikan beg pinggang dan dokumen penting milik seorang lelaki.
Tertuduh bersama suspek masih bebas itu semasa melakukan rompakan berkenaan bersenjatakan sebatang kayu dan sebilah parang.
Perbuatan itu dilakukan di tepi sungai belakang deretan kedai Pusat Perindustrian Mahogani Bahau,Jempol pada 6 Jun lepas jam lebih kurang 1.15 pagi.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun yang sama.
Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman tiga tahun penjara dari tarikh dia ditangkap dan dua sebatan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun datang ke Balai Polis Bahau dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka selepas disamun dua lelaki tidak dikenali ketika memancing di lokasi kejadian.
Mangsa telah ditolak ke dalam sungai dan begnya yang berisi wang kira-kira RM1,000 dan dokumen penting dilarikan suspek menaiki sebuah kereta.
Sementara itu, tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Bahau bagi pendakwaan atas kesalahan mencuri. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes rompak
#rompak pemancing
#bahau
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan