awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur ditahan bakar al-Quran, sejadah

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
13/06/2023
09:45 MYT
Penganggur ditahan bakar al-Quran, sejadah
Suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298/427 Kanun Keseksaan. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur ditahan selepas disyaki membakar al-Quran dan sejadah dalam kejadian di Batu Rakit, Kuala Nerus dekat sini, hari ini.
Suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan berhampiran Pasar Maras kira-kira jam 10.50 pagi Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail, berkata penahanan itu susulan laporan yang dibuat seorang peniaga.
"Sebelum itu pengadu yang berada di rumahnya menerima panggilan telefon memaklumkan perbuatan suspek membakar al-Quran dan sejadah di tepi sebuah pusat hemodialisis di Batu Rakit.
"Ketika tiba di tempat kejadian, peniaga berkenaan mengesan suspek sedang membakar bahan berkenaan.
"Pengadu mengesyaki al-Quran dan sejadah itu diambil dari masjid berhampiran," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, berikutan itu suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298/427 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#bakar al-Quran
#terengganu
#penganggur ditahan
#bakar sejadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan