PORT DICKSON: Polis menahan seorang penganggur yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan pecah masuk stesen minyak serta beberapa kedai di sekitar Port Dickson, Seremban dan Nilai membabitkan kerugian berjumlah RM69,713.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata dalam insiden pada kira-kira 3.27 pagi Selasa, pihaknya menerima panggilan telefon daripada individu yang bekerja di syarikat penggera keselamatan memaklumkan sebuah stesen minyak di Jalan Batu 2 Seremban telah dipecah masuk.
Beliau berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati cermin kaca stesen minyak itu telah dipecahkan dan pemeriksaan lanjut di dalam kedai menjumpai suspek lelaki berusia 29 tahun yang bersembunyi di bawah kaunter pembayaran.
"Antara barang dirampas ialah wang tunai sebanyak RM500, tukul besi, sarung tangan dan sebuah motosikal. Pihak polis turut membuat pemeriksaan di sebuah rumah yang pernah didiami oleh lelaki itu di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang.
"Turut dirampas pelbagai barangan dipercayai hasil pecah kedai dan pecah stesen minyak antaranya rokok pelbagai jenama, gelang tangan, telefon bimbit dan cermin mata," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Aidi Sham berkata siasatan juga mendapati suspek aktif melakukan jenayah secara solo sejak Oktober tahun lepas sehingga Ogos tahun ini.
Katanya suspek, yang tidak memiliki rekod jenayah serta bebas daripada pengaruh dadah, kini direman selama lima hari bermula Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 25 2021

Siasatan juga mendapati suspek aktif melakukan jenayah secara solo sejak Oktober tahun lepas sehingga Ogos tahun ini. - Gambar hiasan

Aaron-Soh layak ke suku akhir Terbuka Thailand, akan bertemu rakan senegara
Aaron-Wooi Yik akan berhadapan rakan sepasukan, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King.

Polis tembak mati dua penjenayah kes samun, edar dadah di Nilai
Penjenayah berumur 40-an dan 20-an itu aktif dalam kes samun rumah, kilang serta tempat pengumpulan kurier di beberapa negeri.

Usaha bangunkan negara perlu penglibatan ahli - Nurul Izzah
Mengambil contoh isu rakyat seperti pendidikan, PKR, kata Nurul Izzah perlu terus memberikan 'kepedulian' sekali gus dapat memberi keyakinan rakyat terhadap parti.

Pemilihan PKR: Fahmi ikrar bantu parti rencana langkah menuju PRU16, PRN
Perkara itu merupakan gerak kerja pertama yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat membarisi MPP.

Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel
Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dan 77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik.

MH17: Malaysia tetap tegas cari penyelesaian, tegak keadilan untuk mangsa
Muhammad Kamil berkata, bagaimanapun, Malaysia juga harus bijak dalam mengatur langkah dalam menangani isu ini.

MA63: Rundingan aspek pendidikan terlaksana hasil kerjasama erat Persekutuan dan negeri
Komitmen berterusan pada peringkat Kerajaan MADANI dan negeri perlu berterusan bagi melonjakkan martabat pendidikan.

MOTAC komited kepada penambahbaikan program MM2H - Tiong
Program itu membentuk satu daripada platform pemastautin jangka panjang terkemuka dunia, menawarkan peringkat Platinum, Emas dan Perak.

Palestin rekod 507,000 penganggur, kerugian kewangan bulanan pekerja cecah AS$371.2 juta
Kadar pengangguran melonjak ketara dalam kalangan masyarakat Palestin, dengan jumlah penganggur mencecah 507,000 orang.

Bunuh: Penganggur minta hukuman mati dikekalkan jika rayuan ditolak
Panel tiga hakim turut menjatuhkan hukuman sebatan 12 rotan ke atas tertuduh.

Sakit hati sering dibandingkan, anak tikam ibu hingga mati
Suspek sempat melarikan diri selama empat hari sebelum berjaya diberkas oleh Unit Jenayah Polis Semarang.

Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan seorang penganggur dan merampas 16.6 kilogram (kg) ganja dianggar bernilai RM51,646.

Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya pada Selasa lalu.

Penganggur bunuh adik, ibu saudara, dihukum penjara 35 tahun, 24 sebatan
Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun kepada seorang penganggur kerana membunuh adik lelaki dan ibu saudaranya pada 2016.

Tikam 20 kali: Penganggur didakwa bunuh pereka dalaman
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman yang maut ditikam 20 kali.

Penganggur miliki 46 rekod lampau ditahan kes curi komponen lori di Simpang Ampat
Suspek berusia 47 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada Rabu, susulan laporan kecurian komponen lori di kawasan tersebut.

Penganggur rugi RM174,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penganggur mengalami kerugian lebih RM174,000 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud di Kuala Ketil, Baling sejak enam tahun lepas.

Penganggur didakwa bunuh isteri
Tertuduh disyaki membunuh mangsa kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.