Skip to main content
Advertisement

Sukan

Salah direhatkan daripada aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika menentang Sudan Selatan

Soccer Football - African Cup of Nations - Qualification - Group B - Egypt v Angola - Cairo International Stadium, Cairo, Egypt - September 25, 2026 Egypt's Mohamed Salah gestures during the match REUTERS/Mohamed Abd El Ghany
Keputusan itu telah dipersetujui antara pihak kejurulatihan dan Salah sebelum perlawanan pembukaan kelayakan menentang Angola. - Foto REUTERS
Advertisement

KAHERAH: Penyerang Mesir, Mohamed Salah, tidak akan menyertai skuad kebangsaan ke Sudan Selatan bagi perlawanan kedua kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas pasukan kejurulatihan memutuskan untuk merehatkannya susulan penggunaan padang rumput tiruan bagi perlawanan itu.

Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan keputusan tersebut dibuat oleh ketua jurulatih, Hossam Hassan, bagi melindungi pemain berkenaan daripada risiko kecederaan.

Menurut EFA, keputusan itu telah dipersetujui antara pihak kejurulatihan dan Salah sebelum perlawanan pembukaan kelayakan menentang Angola pada Jumaat.

Salah, yang baru menyertai kelab Turkiye, Trabzonspor, dari Liverpool, diturunkan dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Angola di Stadium Antarabangsa Kaherah.

Bagaimanapun, beliau tidak menamatkan permainan selepas dikeluarkan pada pertengahan babak kedua.

EFA berkata langkah merehatkan pemain berusia 34 tahun itu dibuat kerana perlawanan menentang Sudan Selatan pada 29 September akan berlangsung di Stadium Juba yang menggunakan permukaan padang rumput tiruan.

Mesir berharap dapat meraih kemenangan pertama dalam kempen kelayakan selepas gagal memecahkan kebuntuan ketika menentang Angola pada aksi pembukaan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement