Skip to main content

Politik

Pembahagian kerusi PH Melaka selesai, Majlis Presiden akan muktamadkan - Adly Zahari

Adly berkata keputusan berkaitan strategi menghadapi PRN Melaka juga akan diumumkan selepas selesai laporan pembahagian kerusi. - Foto fail/BERNAMA
Adly berkata keputusan berkaitan strategi menghadapi PRN Melaka juga akan diumumkan selepas selesai laporan pembahagian kerusi. - Foto fail/BERNAMA
Advertisement

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan pembahagian kerusi antara komponennya di peringkat negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata bagaimanapun susunan terakhir akan dimuktamadkan selepas perbincangan antara Majlis Presiden PH, PH negeri dan Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari.

"Apa-apa pun, kita tunggu minggu depan. Pembahagian itu sudah ada dalam perhatian Pengarah Pilihan Raya (Amirudin) sebelum kita bawa ke peringkat tertinggi gabungan untuk dimuktamadkan.

Advertisement

"Setakat ini, pembahagian kerusi dalam konteks PH adalah kekal seperti yang dipersetujui di peringkat negeri seperti (Parti) Amanah (Negara) diperuntukkan lapan kerusi,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana PH di Bukit Baru di sini malam tadi.

Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu dan Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka Adam Adli Abdul Halim.

Advertisement

Mengulas lanjut, Adly berkata keputusan berkaitan strategi menghadapi PRN Melaka juga akan diumumkan selepas selesai laporan pembahagian kerusi.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement