NATIONAL
Penganggur dituduh bunuh anak saudara sendiri

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Seorang penganggur dihadapkan ke mahkamah Majistret Kemaman pada Khamis atas tuduhan membunuh anak saudaranya sendiri.
Tertuduh Mohd Safuan Ramli, 26, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian kepada Nurhafiya Aufa Mohd Taquddin, 3 tahun.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 1 petang di sebuah rumah di Felda Cerul dua, Kemaman pada 27 Januari lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 April depan bagi sebutan semula kes.
Dia dikatakan menikam mangsa di bahagian dada menggunakan pisau pemotong sayur.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami