awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tegaskan perlu milik Greenland, undang reaksi antarabangsa
Tentera Syria mulakan serangan terhadap SDF di Sheikh Maqsoud, Aleppo
AS rampas kapal tangki kelima terkait Venezuela di Laut Caribbean
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur hadapi tuduhan culik anak ahli perniagaan, tuntut RM300,000

Bernama
Bernama
16/01/2018
08:40 MYT
Penganggur hadapi tuduhan culik anak ahli perniagaan, tuntut RM300,000
Tertuduh didakwa bersama-sama enam orang yang masih bebas menculik mangsa yang berumur 35 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan itu 12 Disember lepas. - Gambar hiasan
Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik anak seorang ahli perniagaan bagi menuntut wang tebusan RM300,000 pada bulan lepas.
K. Poonganeswaran, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu yang tidak diwakili peguam.
Tertuduh didakwa bersama-sama enam orang yang masih bebas menculik mangsa yang berumur 35 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan itu, di Jalan 1B/8, Bandar Baru Sungai Buloh dekat sini, kira-kira 9.10 malam pada 12 Dis lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menetapkan 20 Feb depan untuk sebutan semula kes yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi.
Berdasarkan keterangan kes, bapa mangsa menerima panggilan telefon daripada anak saudaranya mengatakan ada ternampak mangsa ditarik masuk ke dalam sebuah kereta jenis Myvi di tepi Jalan Kawasan Fasa 1, Bandar Baru Sungai Buloh.
Apabila bapa mangsa cuba menghubungi anaknya itu, panggilan itu dijawab oleh seorang lelaki yang meminta sibapa menyediakan wang sebanyak RM10 juta jika mahu mangsa dilepaskan.
Keluarga mangsa kemudian membuat rundingan sehingga suspek bersetuju melepaskan mangsa dengan wang tebusan berjumlah RM300,000.
Mangsa akhirnya dilepaskan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Jasin, Melaka pada awal pagi 3 Jan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli perniagaan
#culik
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#mangsa
#penjara
#shah alam
#suspek
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan