awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur khayal dadah ditahan bawa pisau pemotong daging ke balai polis

Bernama
Bernama
20/04/2020
08:11 MYT
Penganggur khayal dadah ditahan bawa pisau pemotong daging ke balai polis
Penganggur berusia 23 tahun itu bagaimanapun dapat dipujuk untuk meletakkan pisau itu di lantai balai sebelum dua anggota yang bertugas menangkapnya. - Gambar hiasan
Seorang penganggur yang dipercayai khayal akibat pengambilan dadah ditahan apabila ke Balai Polis Sibu Jaya dengan membawa sebilah pisau pemotong daging petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit hari ini.
Menurutnya penganggur berusia 23 tahun itu bagaimanapun dapat dipujuk untuk meletakkan pisau itu di lantai balai sebelum dua anggota yang bertugas menangkapnya.
"Ketika disoal siasat, suspek menyatakan dia membawa pisau yang dibawa dari rumahnya itu di Sibu Jaya untuk mempertahankan diri kerana risau ada orang mahu memukulnya. Bagaimanapun, pertuturan suspek kurang difahami kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah," katanya ketika dihubungi.
Suspek turut mempunyai kesan luka di tangan kanan berpunca daripada tindakan suspek sendiri yang menumbuk cermin tingkap rumahnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Berbahaya, 1958 kerana memiliki senjata berjadual.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#pisau potong daging
#polis
#ringgit
#Sibu
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan