awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup dua hari sempena acara kayuhan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur mengaku bersalah dera bayi 7 bulan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
16/03/2021
05:46 MYT
Penganggur mengaku bersalah dera bayi 7 bulan
Muhammad Fakhri Abdul Muthalib didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan lebam pada dahi, bahagian bawah mata dan bahagian perut. - Gambar Astro AWANI
BUTTERWORTH: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan mendera anak teman wanitanya berusia tujuh bulan awal bulan ini.
Muhammad Fakhri Abdul Muthalib, 25, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu sebagai orang yang mempunyai hak pemeliharaan terhadap seorang bayi lelaki didakwa telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan lebam pada dahi, bawah mata dan perut.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di L-07-07 , Apartment Luminari ,Jalan Harbour Place pada pukul 9 pagi 6 Mac lepas.
Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dera Bayi | Penganggur mengaku bersalah dera bayi lelaki 7 bulan
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Noor Aini kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10, 0000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 April depan untuk menjatuhi hukum sementara menunggu laporan perubatan mangsa.
Topic Berkaitan
#dera anak kekasih
#tujuh bulan
#kecederaan fizikal
#Muhammad Fakhri Abdul Muthalib
#pangsapuri
#Jalan Harbour Place
#penganggur mengaku bersalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan