awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laksamana Madya Sabri Zali saman Chegubard berhubung isu salah guna kuasa, rasuah
Jepun hidupkan semula loji nuklear terbesar dunia buat pertama kali sejak 2011
JPJ tidak tunduk ancaman tonto, mohon peruntukan senjata api - Anthony Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur mengaku tidak bersalah bakar enam rumah di Kampung Johan Setia

Bernama
Bernama
21/01/2026
07:25 MYT
Penganggur mengaku tidak bersalah bakar enam rumah di Kampung Johan Setia
Jefery Johar dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
KLANG: Seorang penganggur hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membakar enam buah rumah di Kampung Johan Setia dekat sini, minggu lepas.

Ringkasan AI
  • Penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan membakar enam rumah di Kampung Johan Setia.
  • Jefery Johar, 44 tahun, didakwa menggunakan bahan api membakar rumah penduduk tempatan, menghadapi hukuman penjara 20 tahun.
  • Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan jaminan; kes ini akan disebut semula pada 31 Mac.

Jefery Johar, 44, yang berdepan enam pertuduhan, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarifah Hascindie Syed Omar.
Dia didakwa melakukan khianat menggunakan bahan api dengan membakar rumah milik enam penduduk tempatan sekitar 2 hingga 2.30 petang pada 13 Jan lepas mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Suhaili Abu Bakar tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes itu tertakluk kepada kesalahan yang tidak boleh dijamin.
"Bagaimanapun, jika mahkamah ingin menggunakan kuasa budi bicara saya mencadangkan jaminan ditetapkan sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan," katanya.
Jefery, yang tidak diwakili peguam, tidak membuat sebarang rayuan untuk dibenarkan jaminan.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 31 Mac depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Johan Setia
#kebakaran rumah
#lelaki bakar rumah
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan