PUTRAJAYA: Penganjur "Himpunan Selamatkan Rakyat" tidak perlu memainkan naratif seolah-olah menjadi mangsa apabila dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis susulan perhimpunan itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata menerusi akta berkenaan penganjur perlu memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan namun penganjur gagal melakukan perkara itu.
"Adalah menjadi tanggungjawab penganjur untuk memaklumkan kepada polis dan jika tidak maklum dan ini mengundang kepada tindakan polis untuk memanggil penganjur (beri keterangan).
Penganjur tidak boleh acah-acah jadi mangsa kerana keengganan mereka untuk memaklumkan perkara yang paling asas," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.
Saifuddin Nasution berkata tidak timbul isu bahawa Kerajaan MADANI menghalang rakyat untuk mengadakan perhimpunan kerana sebanyak 78 permohonan untuk berhimpun telah dibenarkan setelah kesemuanya mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 sepanjang tahun lepas dengan kertas siasatan dibuka tanpa ada pertuduhan di mahkamah.
Selain itu, Saifuddin berkata pihaknya memandang serius tindakan pihak yang "mengheret" nama institusi istana dalam perhimpunan itu.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada pihak istana beberapa jam sebelum perhimpunan itu diadakan susulan dakwaan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap beberapa individu untuk masuk ke istana bagi menyerahkan dokumen berkaitan perhimpunan terbabit.
"Ini perbuatan mengheret sama institusi istana dalam perhimpunan yang tidak dimaklumkan kepada polis dan mendorong pihak istana membuat laporan.
Apabila pendekatan siasatan dibuat, ia lebih kepada teguran dan nasihat dan apabila melampaui batas seperti mengheret institusi istana, saya percaya tindakan sewajarnya akan dilakukan polis," katanya.
Saifudin berkata satu pasukan khas akan menyiasat perkara terbabit dalam tempoh tujuh hari sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Himpunan Selamatkan Rakyat yang diadakan di Pintu 2 Istana Negara semalam dianjurkan oleh sekretariat Pembela Tanah Air (Peta) dan turut dihadiri kira-kira 700 penyokong sebuah parti politik, badan bukan kerajaan dan orang awam.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata empat individu menyerahkan memorandum kepada Ketua Komunikasi Korporat Istana Negara pada perhimpunan itu.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata penganjur perhimpunan berkenaan dikenal pasti dan akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat.
Allaudeen berkata pihaknya turut menerima laporan daripada pihak istana semalam berhubung dakwaan Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat dan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Saifuddin Nasution Ismail berkata menerusi akta berkenaan penganjur perlu memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan namun penganjur gagal melakukan perkara itu. - Gambar fail
Bintang Manchester United, Garnacho dan Onana ucap cepat sembuh kepada Faisal Halim
Bintang Manchester United, Alejandro Garnacho, dan penjaga gol utama, Andre Onana, mengucapkan semoga cepat sembuh kepada pemain negara, Faisal Halim.
PRK KKB: Keputusan diketahui seawal 9 malam ini - SPR
Beliau yakin proses penjumlahan undi akan berjalan lancar, sekali gus membolehkan keputusan dapat diketahui dengan lebih cepat.
Snipping Tools baharu Windows 11 uji ciri kesan kod QR, tambah emoji 3D
Dalam setiap tangkapan layar pada kandungan yang ada kod QR, Snipping Tool boleh kesan dan terus mengeluarkan pautan URL untuk pengguna terus tekan.
Palestin sebagai Anggota Penuh PBB: Malaysia sambut baik Resolusi Perhimpunan Agung
Malaysia mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin.
Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat
Reuters nafi mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
AWANI Ringkas: Lebih 39,000 pengundi tunai tanggungjawab
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Arsenal sudah atur perarakan julang trofi liga
Bakal juara musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal, sudah siap melakukan perancangan rapi untuk menjulang piala kejuaraan.
AWANI Ringkas: Susulan insiden letupan bom di Narathiwat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (Perkembangan setakat jam 12:00pm)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' selesai minggu ini - Polis
Kertas siasatan berhubung "Himpunan Selamatkan Rakyat" dijangka dilengkapkan minggu ini untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.