awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur 'Himpunan Selamatkan Selangor' akan dipanggil polis

Bernama
Bernama
18/10/2015
17:48 MYT
Penganjur 'Himpunan Selamatkan Selangor' akan dipanggil polis
Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos merupakan penganjur Himpunan Selamatkan Selangor itu.
Polis akan memanggil dalam masa terdekat penganjur Himpunan Selamatkan Selangor yang diadakan pada Ahad di bangunan UMNO Bahagian Ampang untuk siasatan.
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata pihaknya sebelum ini menjangkakan perhimpunan itu berlangsung di perkarangan sebuah pusat beli-belah di Ampang, namun peserta sebaliknya berkumpul di perkarangan bangunan UMNO berkenaan.
"Polis akan siasat dari setiap aspek dan kita telah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya ketika dihubungi Bernama.
Penganjuran perhimpunan itu dikatakan tidak mendapat kebenaran polis atau Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan menyertai perhimpunan aman itu bagi menggesa kerajaan negeri mengotakan janji pilihan raya untuk membina rumah mampu milik.
Topic Berkaitan
#Bahagian Ampang
#Himpunan Selamatkan Selangor
#polis
#siasatan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan