awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur program bantuan bank makanan tidak mohon kebenaran - Polis

Bernama
Bernama
10/07/2021
20:15 MYT
Penganjur program bantuan bank makanan tidak mohon kebenaran - Polis
Pihak polis telah pergi ke restoran berkenaan setelah menerima maklumat daripada orang awam.
IPOH: Penganjur program bantuan bank makanan di sebuah restoran di Taman Canning di sini didapati tidak memohon kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta untuk menganjurkan program amal berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah pergi ke restoran berkenaan setelah menerima maklumat daripada orang awam.
"Kami berjaya mengawal pengunjung supaya mematuhi SOP terutamanya dari segi menjaga penjarakan fizikal dan kerja amal itu diteruskan oleh penganjur.
"Laporan polis telah dibuat terhadap pemilik premis restoran berkenaan.
"Justeru itu, siasatan dijalankan dan kes dirujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.
Terdahulu, tular di laman Twitter mengenai rakaman video suasana di sekitar restoran tersebut yang menjadi tidak terkawal disebabkan kehadiran orang ramai yang datang ke situ dan dilihat melanggar SOP untuk mendapatkan bantuan bank makanan yang disediakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank makanan
#Taman Canning
#kebenaran
#Kinta
#program amal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan