awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur rumah terbuka diminta cermat urus sisa buangan - LUAS

Bernama
Bernama
15/04/2024
20:15 MYT
Penganjur rumah terbuka diminta cermat urus sisa buangan - LUAS
LUAS menggariskan beberapa panduan yang boleh diikuti penganjur rumah terbuka sempena Aidilfitri bagi mengekang pencemaran. - Facebook LUAS
SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyarankan penduduk yang ingin menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri menguruskan sisa buangan dengan lebih cermat bagi mengelak berlakunya gangguan bekalan air ketika musim perayaan.
Menerusi hebahan di laman Facebooknya, LUAS menggariskan beberapa panduan yang boleh diikuti penganjur rumah terbuka antaranya memastikan sisa makanan dan sampah pepejal dikumpul dan dibuang ke tempat pelupusan sampah untuk dilupuskan pihak berkuasa bagi mengekang pencemaran.
"Selain itu, mereka yang mengadakan rumah terbuka juga diingatkan agar tidak sesekali membuang sisa makanan atau sampah ke dalam sungai.
"Pembuangan sisa makanan dan sampah ke dalam sungai adalah dilarang sama sekali kerana boleh menyebabkan pencemaran sungai yang mendorong kepada masalah gangguan air di musim perayaan," menurut agensi berkenaan.
Menurut LUAS, minyak masak yang telah digunakan juga hendaklah dikumpulkan dan dibawa ke pusat kitar semula untuk mengelakkan pembuangannya ke dalam sinki atau longkang.
Agensi itu turut mengingatkan penduduk agar tidak membuang sebarang buangan yang telah dikumpulkan terus ke dalam sungai yang boleh menyumbang kepada pencemaran air ketika membersihkan kediaman masing-masing.
Orang ramai yang melihat sebarang aktiviti mencurigakan yang berpotensi mengakibatkan permasalahan sumber air diminta menghubungi LUAS di talian 03-55111800 atau 0192647904 (WhatsApp) untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LUAS
#rumah terbuka
#sisa buangan
#pencemaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan