Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan abangnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman mewakilinya ke pusingan akhir kelayakan e-sukan peringkat kebangsaan Sabtu lalu.
Menerusi akaun Twitternya, Syed Saddiq menjelaskan penganjur acara tersebut yang mengajak abangnya untuk duduk di bahagian depan.
"Dia datang tak dijemput, tetapi bila dikenali diajak ke depan. Tak perlu pun any special treatment.
"Saya tidak akan membenarkan keluarga saya mewakli saya. It’s wrong!" tulis Syed Saddiq.
Sementara itu, ESport Malaysia (ESM) dalam satu kenyataan menjelaskan kehadiran Syed Abdullah ke acara tersebut adalah atas kapasiti peribadi.
"Setelah penelitian semula dibuat, beliau (Syed Abdullah) tidak dijemput dan kehadiran beliau pada program tersebut bukanlah mewakili YB Menteri ataupun Kementerian Belia dan Sukan.
"Namun kehadiran beliau adalah di atas kapasiti peribadi sebagai peminat dan penyokong kepada pembangunan industri sukan elektronik," kata kenyataan itu.
ESM juga menjelaskan atas semangat menghormati menteri belia dan sukan, pihaknya menyantuni dan menghargai kehadiran Syed Abdullah yang sangat meminati e-sukan.
Sebelum ini, tular gambar Syed Abdullah di acara tersebut dan didakwa mewakili Syed Saddiq yang tidak dapat hadir.
Astro Awani
Tue May 07 2019
Syed Saddiq menjelaskan beliau tidak akan membenarkan ahli keluarga mewakilinya. - Gambar fail
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Kerajaan komited sokong e-sukan, cadang bina stadium khas - TPM Zahid
Kerajaan menyatakan komitmen dan sokongan terhadap industri sukan elektronik (e-sukan) termasuk berhasrat memberi pengiktirafan sewajarnya.
Sukan SEA: Terengganu sedia insentif untuk atlet raih pingat
Kerajaan Terengganu akan memberikan insentif bagi setiap pingat yang berjaya diraih oleh atlet negeri ini pada Sukan SEA 2023 Kemboja yang sedang berlangsung dari 5 hingga 17 Mei.
Kedudukan Malaysia yang strategik sesuai jadi hub e-sukan
Lokasi yang strategik, terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan kadar pertumbuhan pasaran yang tinggi membuatkan Malaysia sesuai menjadi hub bagi e-sukan.
'Penganjur yang ajak dia ke depan' - Syed Saddiq nafi abang wakilinya di acara e-sukan
Syed Saddiq menjelaskan penganjur acara tersebut yang mengajak abangnya untuk duduk di bahagian depan.
KBS tiada halangan laksana e-sukan di sekolah
Kementerian Belia dan Sukan pada dasarnya tiada halangan terhadap cadangan menjadikan e-sukan sebagai satu sukatan pelajaran atau kokurikulum di sekolah.