Penganjuran fiesta muzik dan bola Eravaganza Era FM yang menemui peminatnya di Melaka nyata mendekatkan peminat kepada stesen radio berkenaan.

Pengurus Program Era FM, Nazri Noran berkata, mengadakan program di Melaka dan merancang ke negeri seluruh negara adalah pengisian program yang bermatlamat merapatkan peminat dan penyampai radio Era.

Fiesta muzik dan bola Eravaganza dijangka akan dilaksanakan setiap tahun demi penghargaan kepada pendengar setia Era yang sudah beroperasi sejak 15 tahun lalu.

"Kita sebenarnya sudah lama tidak ada aktiviti pergi keluar daripada KL dan sebagainya lebih dari setahun jadi ini matlamat kami rapat pendengar malaysia luar KL dan kita akan pergi ke kawasan kawasan lain lagi," katanya.

Terdahulu, perlawanan bola sepak persahabatan diantara pasukan Era FC dan Arena All Star menyaksikan kemenangan berpihak kepada Era FC 3-2.

Perlawanan disertai jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, artis Black, Soo Wincci, Ajak Shiro, Waris dan penyampai-penyampai radio Era, Adi fashla, Ray, Zahid, Aril selain pemain Harimau Malaya.

"Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan semua penyampai penyampai Era tak kiralah yang dulu sampailah sekarang ini terima kasih diatas contribution anda semua dan pendengar pendengar Era terus menyokong kami sehinggalah hari ini," kata Adi Fashla

"Saya rasa ini satu program sangat baiklah dimana menggabungkan lagenda bola sepak tanah air dengan artis tidak ada tempat ruang untuk bermain dalam satu team bila ada program satu team ada juga pemain pemain yang dikalangan rakan artis yang boleh bermain tidak semestinya kita berlakon kita tak boleh bersukan," kata Jep Sepahtu.

Rata-rata peminat melahirkan rasa gembira menerusi usaha Era FM bertemu peminat.