KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengingatkan pegawai dan anggota polis, supaya memelihara kerahsiaan dan identiti melibatkan pemberi maklumat dalam sesuatu kes.
"Kurang kepekaan dalam memelihara kerahsiaan dan maklumat... (contoh yang boleh mendedahkan identiti pemberi maklumat) panggil suspek dan pengadu pada hari yang sama. Pemberi maklumat perlu dijaga.
"Saya akan bincang dengan timbalan dan ketua jabatan siasatan jenayah...mereka ini jaga perihal siasatan...saya terima dan akan baiki bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan orang awam yang hadir pada Sesi Libat Urus Jabatan Siasatan Jenayah Bersama Masyarakat di Dewan Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail di sini, hari ini.
Mohd Shuhaily berkata tahap kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu diperbaiki, bagi memastikan masyarakat dapat berkongsi maklumat kejadian jenayah di kawasan mereka.
Pada program tersebut, Mohd Shuhaily berkata sesi libat urus terbabit akan diperluaskan di negeri lain bagi mengenal pasti isu berbanding mengenai jenayah setempat.
Beliau berkata sesi tersebut membuka mata pegawai kanan termasuk ketua polis daerah, ketua jabatan siasatan jenayah dan ketua jabatan siasatan jenayah daerah, mengenai masalah yang berlaku di kawasan mereka.
"Saya hanya orang tengah kepada apa yang dihasratkan Ketua Polis Negara dan pucuk pimpinan PDRM dengan masyarakat.
"Tampuk kepimpinan yang ada akan memberi tumpuan yang lebih terhadap masalah yang dibangkitkan," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Mohd Shuhaily berkata tahap kepercayaan masyarakat terhadap PDRM perlu diperbaiki, bagi memastikan masyarakat dapat berkongsi maklumat kejadian jenayah di kawasan mereka. - Gambar fail
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pengarah JSJ ingatkan pegawai jaga rahsia, identiti pemberi maklumat
Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengingatkan pegawai dan anggota polis, supaya memelihara kerahsiaan dan identiti pemberi maklumat.
Nelayan, pemancing jadi 'mata telinga' pantau pencemaran laut
Nelayan dan pemancing diminta menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa dengan melaporkan segera sebarang kegiatan pencemaran di laut.
Dakwaan kes buli di kem tentera, 'DM saya terus jika benar' - Hishammuddin
Hishammuddin berkata identiti pemberi maklumat itu akan dilindungi dan tindakan tegas akan diambil sekiranya dakwaan tersebut benar.
Dewan Rakyat: Undang-undang pemberi maklumat antara tumpuan hari ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin tahu sejauh mana keberkesanannya melindungi pemberi maklumat dalam kes salah laku dan rasuah berprofil tinggi.
Rasuah: Didik bakal pemberi maklumat, boleh diklasifikasi jenayah jika silap langkah
Bakal pemberi maklumat perlu tahu tentang jenis, klasifikasi atau kategori maklumat di tangan masing-masing, sama ada maklumat tersebut adalah maklumat sulit, terhad dan sebagainya.
Rasuah Busters: Kerjasama rentas agensi perlu lebih strategik, sistematik tingkat integriti
Menurut Global Financial Integrity Report 2017, antara tahun 2005 hingga 2014 Malaysia telah kehilangan RM1.8 trillion menerusi aliran kewangan tidak sah dan sebahagian daripadanya berpunca dari
Imbuhan kepada pemberi maklumat curi elektrik, usik meter
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memberi imbuhan kepada pemberi maklumat kes kecurian elektrik dan usikan pepasangan meter dalam usaha mengekang jenayah itu daripada terus berleluasa.
Pecat pekerja kerana dedah maklumat, SPRM dakwa pegawai kanan syarikat esok
SPRM memaklumkan pegawai kanan syarikat itu bertindak memecat kakitangannya yang mendedahkan maklumat kepada SPRM berkaitan salah laku yang dibuat oleh tertuduh.
Judi Sungai Buloh: Rombakan dalaman diputuskan selepas siasatan selesai - KPN
Beliau berkata pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berlaku adil dan menyiasat terlebih dahulu dakwaan salah laku pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh berhubung isu perjudian itu.
COVID-19: Saintis dakwa diturun pangkat kerana cuba halang rawatan guna ubat malaria
Dr Rick mendakwa telah mengulangi amaran mengenai wabak COVID-19 sejurus selepas pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Januari lalu.