awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah projek tak mengaku melombong secara haram

Bernama
Bernama
18/08/2023
07:06 MYT
Pengarah projek tak mengaku melombong secara haram
Pengarah projek, Teh Tze Jin, 45, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan aktiviti perlombongan secara haram pada Mei lepas. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Seorang pengarah projek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan aktiviti perlombongan secara haram pada Mei lepas.
Teh Tze Jin, 45, didakwa menjalankan perlombongan di tanah bersebelahan tapak projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Sungai Baging di sini, tanpa lesen atau pajakan yang sah pada 4.10 petang, 21 Mei lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Muhammad Taqiyuddin Azizan menawarkan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin ke atas tertuduh.
Peguam Mohd Rusnizam Abdullah yang mewakili Teh merayu jaminan dikurangkan kerana anak guamnya penanggung tunggal keluarga dengan pendapatan RM5,000 sebulan.
"Tertuduh dan isteri mempunyai empat anak berusia antara dua hingga lapan tahun. Ini kali pertama dia dihadapkan ke mahkamah dan rakan baik tertuduh yang bekerja di syarikat sama sedia menjadi penjamin," katanya.
Hakim Azman Mustapha membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai selain menetapkan sebutan semula kes pada 8 Sept ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengarah projek
#perlombongan haram
#Teh Tze Jin
#Mahkamah Sesyen Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan