awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2025
10:46 MYT
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suapan itu dipercayai sebagai balasan memberikan kerja-kerja sebagai subkontraktor bagi tender Perkhidmatan Membekal Makanan dan Minuman kepada pekerja bernilai kira-kira RM900 juta.
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.
Menurut sumber, suapan itu sebagai balasan memberikan kerja-kerja sebagai subkontraktor bagi tender Perkhidmatan Membekal Makanan dan Minuman kepada pekerja bernilai kira-kira RM900 juta.
"Lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira 8 malam tadi ketika hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
"Siasatan awal mendapati dia dipercayai melakukan perbuatan itu pada Ogos 2023 dan wang rasuah dikesan dipindahkan ke akaun milik syarikatnya," katanya.
Sumber itu memaklumkan, suspek juga disyaki mengaku sebagai kontraktor utama bagi tender pembekalan makanan dan minuman selama lima tahun kepada pekerja di sebuah loji penapisan minyak sedangkan tender terbabit tidak wujud.
"Pada masa sama, suspek yang turut menyamar sebagai Datuk ini mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan," katanya.
Perintah reman selama lima hari hingga 20 Januari dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas menerima permohonan daripada SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#pengarah syarikat
#kes rasuah
#Datuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan