SHAH ALAM: Seorang pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan dengan mengesyorkan dua syarikat yang ada kaitan dengan suaminya.
Norzuriati Zainol Rashid, 44, didakwa mengesyorkan syarikat yang ada kaitan dengan Syed Rosdi Syed Mohd, 46, bagi melaksanakan projek 'Cadangan Perkhidmatan ICT Bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Sokongan Sistem Pengurusan Latihan (E-Latihan)' di LLM dengan harga tender RM98,800.
Wanita itu juga didakwa mengesyorkan sebuah lagi syarikat bagi melaksanakan projek 'Cadangan Perkhidmatan ICT Bagi Kerja-Kerja Menambahbaik Interim Payment Tracking System (IPAYS) Versi 2.0 Kepada Versi 3.0' di LLM dengan harga tender RM212,500, yang turut mempunyai kaitan dengan suaminya.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Wisma Lebuhraya KM6 di Hulu Langat dekat sini pada 12 Sept 2019 dan 24 April 2020 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Syed Rosdi turut didakwa atas pertuduhan bersubahat menggunakan kedudukan isterinya bagi mendapatkan suapan dengan mengesyorkan sebuah syarikat bagi melaksanakan projek serupa dengan harga tender RM98,800 di lokasi sama pada 12 Sept 2019 mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali dan Mohd 'Afif Ali menawar jaminan RM40,000 bagi Norzuriati dan RM20,000 untuk suaminya dengan syarat tambahan pasangan itu hendaklah menyerahkan pasport serta melaporkan diri di Pejabat SPRM Putrajaya setiap awal bulan.
Peguam Wan Juhrah Muntek yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan Norzuriati diikat jamin RM35,000 manakala Syed Rosli sebanyak RM20,000 dan membenarkan syarat tambahan yang dimohon pendakwaan selain memerintahkan kedua-dua tertuduh untuk tidak mengganggu atau berhubung dengan saksi.
Di mahkamah berasingan, Syed Rosdi minta dibicarakan atas satu lagi pertuduhan bersubahat menggunakan kedudukan isterinya untuk mendapatkan suapan dengan mengesyorkan sebuah syarikat bagi melaksanakan 'Cadangan Perkhidmatan ICT Bagi Kerja-Kerja Menambahbaik Interim Payment Tracking System (IPAYS) Versi 2.0 Kepada Versi 3.0' di LLM dengan harga tender RM212,500.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama pada 24 April 2020 mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Hakim Datuk Anita Harun membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengguna pakai jaminan serta syarat tambahan yang ditetapkan oleh Awang Kerisnada dan kedua-dua mahkamah menetapkan 21 Mac untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi. - Gambar hiasan
21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf
Syed Saleh memaklumkan jemaah yang masuk ke Madinah sebelum ini juga sudah berada di Mekah.
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Arab Saudi kemuka dokumen jual sebahagian kepentingan Aramco
Pelabur telah lama menjangkakan penjualan saham berkenaan susulan Aramco sedang memperluaskan asasnya sambil menjana dana.
Malaysia Airlines terima tiga pesawat A330neo pada 2024
Malaysia Airlines akan menerima penghantaran tiga A330neo tahun ini, dengan yang pertama dijangka tiba pada suku ketiga 2024, sekali gus mengukuhkan penawaran produk utamanya serta prospek pertumbuhan masa depan dengan kumpulan pesawat berbadan lebar baharu dan susun atur kabin premium serba baharu.
Aliran trafik lebuh raya utama lancar setakat 11 pagi
LLM memaklumkan aliran trafik di Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas lancar dan terkawal selepas berlaku kesesakan sehingga 10 pagi tadi.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya bergerak perlahan
Aliran trafik perlahan arah selatan dari Gopeng ke Tapah dan dari Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Perak.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan tiada sebarang kesesakan berlaku semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Aliran trafik masih perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini masih perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.
Aliran trafik bergerak perlahan namun terkawal
Akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan aliran trafik bergerak lancar, namun terdapat beberapa lokasi perlahan disebabkan kemalangan.
Tahun Baharu Cina: LLM jangka trafik lebuh raya utama meningkat 2.4 juta
LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan persediaan rapi, agar pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang selamat dan lancar.
Pengarah Teknologi Maklumat LLM, suami didakwa guna kedudukan syor projek
Seorang pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan.
Pergerakan trafik lancar, dijangka meningkat petang ini - LLM
Kesemua lebuh raya bertol di Lembah Klang, lebuh raya Karak, lebuh raya Pantai Timur 1 dan lebuh raya Pantai Timur 2 E8 masih lagi lancar.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama ibu negara lancar pagi ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di ibu negara lancar setakat 8 pagi ini.
Deepavali: Syarikat konsesi diarah bersedia - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama sehingga 2.3 juta sehari.