awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas 'DeepMind' Mustafa Suleyman dilantik CEO Microsoft AI

Amanz
Amanz
20/03/2024
04:10 MYT
Pengasas 'DeepMind' Mustafa Suleyman dilantik CEO Microsoft AI
Mustafa akan bertanggungjawab membangunkan ciri AI yang digunakan pada produk-produk seperti Copilot, Bing dan Edge. -Amanz
MUSTAFA Suleyman yang merupakan pengasas bersama DeepMind telah dilantik sebagai CEO Microsoft AI.
Pengumuman dilakukan Microsoft semalam dengan Suleyman akan melapor terus kepada Satya Nadella.
Mustafa akan bertanggungjawab membangunkan ciri AI yang digunakan pada produk-produk seperti Copilot, Bing dan Edge.
Mustafa menubuhkan DeepMind bersama Demis Hassabis dan Shane Legg pada tahun 2010. Syarikat kemudiannya diambil alih oleh Google pada tahun 2014.
Beliau meninggalkan DeepMind pada tahun 2022 untuk melancarkan syarikat rintis Inflection AI.
Inflection AI menerima pelaburan yang besar daripada Microsoft tahun lalu dan kini nampaknya tampuk pimpinan diserap terus ke dalam syarikat.
Selain Mustafa, Microsoft turut mengumumkan ketua saintis Inflection AI, Karén Simonyan kini memegang jawatan sebagai ketua saintis di Microsoft AI.
Beliau terlibat dalam beberapa projek besar seperti AlphaZero ketika masih bersama DeepMind. -Amanz
Topic Berkaitan
#Satya Nadella
#Mustafa Suleyman
#Deepmind
#CEO Microsoft AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan