Skip to main content

Malaysia

Pengasas restoran Syed Bistro meninggal dunia

61664295826_TBBELASUNGKAWASYEDBI.jpg
KUALA LUMPUR: Pengasas Restoran Syed Bistro, Syed Kadir Syed Mahamad dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 3, Shah Alam pada Selasa.

Difahamkan jenazah Allahyarham Syed Kadir akan dikebumikan di Shah Alam selepas solat jenazah di surau Seksyen 3, Shah Alam pada Rabu.

Sumber yang rapat dengan keluarga Allahyarham memaklumkan kepada Astro AWANI, Syed Kadir yang dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua telah dibawa ke Pusat Rawatan Subang Jaya pada Isnin setelah mengalami sesak nafas.

Namun semakan di akaun media sosial Restoran Syed Bistro tidak memuatkan sebarang makluman tentang kematian pengasasnya.

Advertisement

Must Watch Video