KUALA LUMPUR: Bekas pengasuh dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 36 jam dalam tempoh enam bulan kerana mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dengan cara yang mungkin menyebabkan kematian, tiga tahun lepas.
Hakim Dr Azrol Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Yu Ning, 38, selepas wanita berkenaan mengaku bersalah mendedahkan kanak-kanak itu sehingga menyebabkan kematian mangsa di sebuah rumah di Jalan Danau Kota, Off Jalan Genting Kelang di sini pada 1 petang, 6 Dis 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai 20 tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan Low dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan jaminan RM2,000.
Mengikut fakta kes, petugas di Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) menerima laporan kematian seorang kanak-kanak perempuan dan kemudian membuat laporan polis.
Sejurus menerima laporan, pihak polis pergi ke lokasi kejadian di sebuah rumah di Danau Kota, dekat sini dan menahan tertuduh.
Siasatan polis mendapati wanita yang bekerja sebagai pengasuh itu semasa kejadian meletakkan mangsa atas kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam sebuah bilik tanpa pengawasan.
Mengambil kira tertuduh adalah individu yang bertanggungjawab ke atas kanak-kanak berkenaan dan tindakan itu mewujudkan situasi yang mungkin boleh mengakibatkan kematian.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh memohon kepada mahkamah untuk membenarkan rundingan akuan di bawah Seksyen 172(d) Kanun Tatacara Jenayah.
Sementara itu, peguam S. Kirthen yang mewakili tertuduh ketika ditemui selepas prosiding mengesahkan pihaknya mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan pertuduhan ke atas anak guamnya.
"Pada awalnya anak guam didakwa atas tuduhan menganiaya tetapi AGC meminda pertuduhan kerana tiada kesan pukul direkod dalam laporan kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan jaminan RM2,000. - Gambar hiasan
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Pengasuh didenda RM8,000, campur ubat selesema dalam susu bayi 18 hari
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Hew Foong Chun, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bicara kes kematian bayi Qaseh Aulia 18 Oktober
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan perbicaraan kes kematian bayi berusia dua bulan, Qaseh Aulia Faizul pada 18 Oktober depan.
Bayi lapan bulan mati disumbat botol susu, ditekup bantal oleh pengasuh
"Sudah 13 tahun kami tunggu untuk dapatkan anak pertama dan isteri saya juga sanggup cuti sebulan tanpa gaji untuk mengasuh anak kami."
Pengasuh didenda dan diarah jalani khidmat masyarakat
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan jaminan RM2,000.
Bayi alami pendarahan otak, patah tangan kiri ketika di rumah pengasuh
Polis akan mengambil keterangan seorang pengasuh bagi membantu siasatan berhubung kes bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami pendarahan otak dan patah tangan kiri pada Khamis.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah.