awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan didakwa bunuh, bakar penyelia kedai buku sekolah

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2022
07:16 MYT
Pengawal keselamatan didakwa bunuh, bakar penyelia kedai buku sekolah
Pengawal keselamatan, Muhamad Yusri Latiff didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Cheras. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan membunuh seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pada 12 Mac lalu.
Tertuduh, Muhamad Yusri Latiff, 35, mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan, antara pukul 1.45 tengah hari dan 5.30 petang didakwa menyebabkan kematian Fong Hsu Kei, 25, di bengkel pertanian Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia di Cheras pada 12 Mac lalu.
Pertuduhan ke atas tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Phulrani Kaur sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Pada 12 Mac lalu, media melaporkan seorang wanita yang bekerja sebagai penyelia kedai buku ditemukan rentung disyaki dibunuh dan dibakar di dalam bilik bengkel sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak.
Polis kemudian merakam keterangan 37 individu untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Difahamkan, cubaan merogol mangsa dipercayai menjadi motif wanita itu dibunuh sebelum mayatnya dibakar di lokasi kejadian.
Hasil siasatan mendapati mangsa yang berusia 25 tahun bekerja sebagai penyelia kedai buku di sekolah terbabit sejak Februari lalu.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#pengawal keselamatan
#penyelia kedai buku
#bunuh dan bakar
#Bandar Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan