awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan maut ditikam rakan selepas bertengkar

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
08/10/2020
14:08 MYT
Pengawal keselamatan maut ditikam rakan selepas bertengkar
Pihak polis kini sedang giat memburu suspek kejadian bunuh berkenaan.
KUALA LUMPUR :Seorang pengawal keselamatan di sebuah flat perumahan awam di Cheras maut selepas ditikam rakannya dalam kejadian pada petang Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, mangsa 52, sebelum itu dikatakan bertengkar dengan suspek kira-kira jam 1.30 petang di hadapan sebuah kedai di kawasan tersebut.
Bagaimanapun pertengkaran itu berakhir dengan insiden tikaman di mana mangsa ditemui oleh orang awam di tempat kejadian dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.
Suspek yang juga dipercayai menghuni flat berkenaan bagaimanapun bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian.
Indentiti suspek juga sudah dikenal pasti dan usaha memburunya kini giat dijalankan.
Tambah Mohamed Mokhsein, pihak polis masih menyiasat motif kejadian dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#tikam rakan
#pengawal keselamatan
#Cheras
#insiden tikaman
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#membunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan