awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000

Bernama
Bernama
06/02/2026
08:30 MYT
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
Saril Ismail dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM6,000 ke atas seorang pengawal keselamatan kerana menyamar sebagai anggota polis dan cuba melakukan perbuatan atas kuasa jawatan itu terhadap seorang lelaki warga Bangladesh, Ahad lepas.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman selepas Saril Ismail, 51, mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkan lelaki tersebut dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.
Saril didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Bendahara di sini pada 2.54 petang 1 Feb dan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku semasa mangsa mengayuh basikal di Jalan Bendahara didatangi seorang lelaki memakai baju dan seluar hitam serta topi keledar biru yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Saril didakwa menarik dan memeriksa beg mangsa sebelum mengambil wang tunai RM720 menyebabkan lelaki Bangladesh itu mengesyaki lelaki tersebut bukan anggota polis lalu membuat laporan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syaza Nur Sharif manakala tertuduh diwakili Muhammad Izzuddin Ab Malek daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit mengesahkan penahanan dua beranak berusia 51 dan 25 tahun masing-masing pada 1 serta 2 Feb kerana disyaki terlibat kes menyamar anggota polis dan menyamun seorang lelaki Bangladesh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#menyamar polis
#warga asing
#warga Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan