MALAYSIA
Pengawal keselamatan tiada kuasa minta, imbas kad pengenalan - JPN

JPN memaklumkan hanya lima kategori pegawai dibenarkan berbuat demikian di bawah Peraturan 7(1), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
PUTRAJAYA: Pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa mahupun hak untuk meminta, memegang atau mengimbas kad pengenalan (MyKad) orang awam, menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ringkasan AI
- Pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa untuk meminta, memegang atau mengimbas MyKad orang awam, hanya lima kategori pegawai dibenarkan berbuat demikian di bawah undang-undang.
- Penggunaan alat elektronik untuk mengimbas data MyKad oleh pihak swasta adalah dilarang dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
- Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyerahkan MyKad kepada individu tidak berkuasa dan melaporkan sebarang pelanggaran kepada pihak berkuasa.
JPN turut menegaskan bahawa penggunaan alat elektronik untuk mengimbas data MyKad juga tidak dibenarkan kerana ia tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
"Sebarang pemprosesan data peribadi oleh pihak swasta tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, yang menetapkan garis panduan dan kewajipan untuk melindungi maklumat peribadi individu," menurut JPN.
Bernama menghubungi JPN bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu terbabit, susulan satu hantaran yang tular melalui media sosial baru-baru ini berkenaan tindakan seorang pengawal keselamatan di sebuah premis yang didakwa menggunakan peranti elektronik untuk mengimbas MyKad.
Tindakan pegawal keselamatan itu mencetuskan persoalan orang awam mengenai kesahannya dari aspek undang-undang.
Sebagai langkah keselamatan, JPN menasihati orang ramai supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada mana-mana individu yang tidak diberi kuasa, serta segera melaporkan sebarang pelanggaran kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami