Skip to main content

Malaysia

Pengawal keselamatan Top Glove berada pada tahap akhir jangkitan ketika dimasukkan ke hospital - KKM

81606200709_950x600.jpg
KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan pengawal keselamatan kilang Top Glove yang dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 berada pada peringkat akhir jangkitan ketika dimasukkan ke hospital.

Jelasnya, lelaki warga Nepal berkenaan meninggal dunia selepas mengalami komplikasi paru-paru kesan jangkitan COVID-19. 

"Memang benar semalam kita ada satu kematian pengawal keselamatan 29 tahun, warga Nepal dan mendapat jangkitan... apabila dimasukkan ke hospital, dia di peringkat lewat iaitu keempat atau kelima.

"Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan kita beri rawatan sebaik mungkin, namun dia meninggal dunia sebab komplikasi paru-paru daripada jangkitan COVID-19," katanya dalam sidang media pada Isnin. 

Pada Isnin, Top Glove mengesahkan kematian pekerjanya, seorang pengawal keselamatan warga Nepal, Sabtu lalu. 

BACA: COVID-19: 1,371 kes dan 2 kluster baharu, 4 kematian hari ini - Dr Noor Hisham

BACA: KKM pertimbang pendekkan tempoh bagi individu sedang dikuarantin - Dr Noor Hisham


Advertisement

Must Watch Video