awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengecualian bayaran UPUOnline diteruskan - Noraini

Bernama
Bernama
03/02/2022
02:40 MYT
Pengecualian bayaran UPUOnline diteruskan - Noraini
NORAINI: Permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA boleh dibuat terus di laman web MOHE. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata melalui usaha itu, permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dibuat terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.
Beliau berkata tempoh permohonan ditetapkan bermula esok (4 Feb) hingga 31 Mac ini bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.
"Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan serta kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membuat permohonan UPUOnline.
"Justeru, KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah," katanya dalam kenyataan.
Pada tahun lepas, KPT bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran itu kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UPUOnline
#Kementerian Pengajian Tinggi
#noraini ahmad
#pemohon bagi sesi akademik 2022 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan