KUALA LUMPUR: Kuasa untuk membuat pengecualian cukai adalah terletak di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan bukan Perdana Menteri atau menteri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kuasa tersebut terpakai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53).
"Memang kuasa pengecualian mengikut Subseksyen 44(6), bukan kuasa menteri atau Perdana Menteri, ia kuasa mutlak Ketua Pengarah LHDN," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) berhubung dakwaaan pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary, di mana kuasa berkenaan pada pandangannya terletak di bawah LHDN.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan enggan memperincikan secara lanjut kerana siasatan masih dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah.
Ahli Parlimen Tambun itu menambah, pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan adalah berbeza, antaranya meminta syarikat-syarikat besar untuk menyalurkan keuntungan kepada rakyat, dan bukan parti politik.
"Saya memilih memanggil Tan Sri Syed Mokhtar, memberi jaminan dan sokongan kepada projek-projek besar yang memberi manfaat kepada negara, dan bagi kepentingan pesawah miskin.
"(Kerajaan) minta dia derma kepada pesawah sebanyak RM60 juta dan 30 peratus keuntungan yang dicatatkan lebih 20 tahun (Padiberas Nasional Bhd).
"Ini pertama kali beri keuntungan bersih kepada pesawah padi, dan ada pendekatan yang berbeza. Satu boleh serah kepada parti, satu lagi boleh serah kepada pesawah padi. Saya pilih serah kepada pesawah padi," ujar Perdana Menteri.
Sebelum itu, Perdana Menteri ketika menjawab soalan Kee Chin menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.
Pada 13 Mac lalu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta di Mahkamah Sesyen, Shah Alam.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yassin dituduh menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM5 juta daripada sebuah syarikat melalui akaun AmBank milik Parti Bersatu.
Presiden Bersatu itu didakwa melakukan kesalahan itu dekat sebuah cawangan bank di Petaling Jaya pada 7 Januari tahun lalu.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 21 2023
Perdana Menteri menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary. - Foto fail/BERNAMA
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
AWANI Ringkas: Azam Baki dilantik setahun lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Jalan ditutup seminggu, peniaga dakwa rugi ribuan ringgit
Peniaga-peniaga di pekan Kuala Kubu Baharu mendakwa kerugian ribuan ringgit susulan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Selangor, pada hujung bulan lalu.
Selangor FC sedia terima sebarang kemungkinan
Selangor FC sedia terima sebarang kemungkinan
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Bina ekosistem AI, segera rencana pendekatan pendidikan - PM
Tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
PM Anwar lawat Mutang Tagal di IJN
Perdana Menteri hari ini melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
'Jawatan TPM dari Sabah, kita tunggu PRU16 nanti' - Ahmad Zahid
Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi portfolio itu adalah untuk mengkordinasikan semua program di Sabah.
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
Malaysia harus rebut peluang lakukan pembaharuan dalam penyelidikan klinikal - PM
Malaysia harus merebut peluang, berusaha untuk melakukan pembaharuan, dan menghapuskan halangan kepada penyelidikan klinikal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar dijangka tiba di sempadan Rafah Jun ini, hantar bantuan ke Gaza - Nik Nazmi
Misi tersebut bukti komitmen dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan akibat perang di Gaza.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam 5 tahun sangat menggemparkan - PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan SPRM adalah angka yang menggemparkan, kata Anwar.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.